“Jangan Buat PCR Banyak Kali Lepas Positif COVID19” – Pegawai Kesihatan

Kehidupan

“Jangan Buat PCR Banyak Kali Lepas Positif COVID19” – Pegawai Kesihatan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video yang dikongsikan oleh seorang pegawai kesihatan yang melarang tindakan orang ramai yang sering melakukan ujian kendiri RTK dan PCR berulang kali selepas beberapa hari bebas dari virus Covid-19.

Menerusi video tersebut, pegawai kesihatan itu menjelaskan bahawa ujian PCR yang sering dilakukan itu hanyalah untuk mengesan kehadiran ribonucleic acid (RNA) bagi virus yang terdapat dalam tubuh badan seseorang.

Advertisement

Menurutnya, kehadiran virus dalam diri seseorang itu akan bertahan dalam dua minggu dan hilang dengan bantuan vaksin dan juga beberapa ubat yang diberikan.

dr

Kenapa selepas positif Covid tak perlu buat PCR dalam masa dua bulan. Kita buat PCR hanya untuk kesan RNA detected ataupun not detected.

Jelasnya lagi, walaupun seseorang itu telah sembuh selepas dua minggu, sel-sel dari virus masih lagi ada.

Jadi, sekiranya ujian PCR dilakukan, seseorang itu akan disahkan positif Covid-19 sekali lagi namun tidak merbahaya seperti sebelumnya.

@dodosentoso

Jangan noya buat PCR byk byk kali lepas dah positive recently. Ingat ni sampaii mati. Tolong mdno share info ni boleh.?? #covid19 #rtpcr #medicallabscientist #fyp

? original sound – Pak Cik Bakar Baharo – Pak Cik Bakar Baharo

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas penerangannya yang jelas dan sangat mudah difahami.

“Bagus explaination, boleh jadi lecturer, analogy tu bagus la,” tulis seorang netizen.

“Betul, after 10 days, virus dah tak aktif dan dia dah tak boleh menjangkiti. Tapi, kalau test, memang detected lagi. Cuma dah tak boleh menjangkiti,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

mufti
2 years ago

"Rakam Kematian Dengan Niat Bersuka-Suka Di Media Sosial Adalah Haram" - Mufti Pulau Pinang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...