“Jangan Biasakan..” – Ibu Sering Pakaikan Anak Pakaian Seksi, Netizen Risau Ada ‘Mata-Mata’ Jahat

Kehidupan

“Jangan Biasakan..” – Ibu Sering Pakaikan Anak Pakaian Seksi, Netizen Risau Ada ‘Mata-Mata’ Jahat

Tak semua ibu bapa di dunia ini mempunyai cara didikan yang sama, setiap pasangan membesarkan anak-anak mereka mengikut keselesaan masing-masing.

Itu semua terpulang kepada ibu bapa itu sendiri kerana mereka lebih mengenali dan tahu isi hati anak sendiri dari orang luar yang sering mengecam tanpa mengetahui apa-apa.

Advertisement

Samalah seperti perkongsian seorang pengguna di TikTok ini apabila dia memuat naik beberapa video pemakaian anaknya, netizen mengatakan ia terlalu menjolok mata.

Dapat dilihat, setiap video yang dimuat naik oleh wanita terbabit yang memaparkan cara pemakaian anak kecilnya itu, pasti akan menerima teguran dari warganet yang tidak gemar melihat ianya terlalu terdedah.

Akibat sering menerima kecaman dan teguran, wanita terbabit memuat naik anaknya memakai pakaian tertutup berserta tudung, namun difahamkan pakaian seperti itu membuat si cilik berasa rimas.

komen tiktok

Kerana ada yang sudah melampaui batas, beliau sebagai ibu tampil membalas komen-komen dari netizen dengan mengatakan anaknya baru berusia satu tahun jadi tidak salah untuk berpakaian seperti itu.

Sehubungan dengan itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit tetap dengan pendiriannya bahawa tidak salah untuk ‘melawa’ di usia muda, asalkan tahu batasannya apabila besar nanti.

gadis malu keluar dengan ibu bapa
2 years ago

"Malu S*al!" - Anak 'Post' Malu Keluar Jalan-Jalan Dengan 'Parents' Bikin Netizen Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...