“Jangan Bergaduh” – Peguam Dedahkan Rupanya Kita Boleh Ambil Tindakan Kalau Jiran ‘Parking’ Depan Rumah

Kehidupan

“Jangan Bergaduh” – Peguam Dedahkan Rupanya Kita Boleh Ambil Tindakan Kalau Jiran ‘Parking’ Depan Rumah

Sesiapa yang duduk di kawasan perumahan pasti pernah mengalami hal jiran yang sesuka hati meletekkan kenderaan di hadapan rumah orang lain.

Keadaan ini menyebabkan mereka sering menghalang jalan dan menyukarkan pemilik rumah untuk berurusan keluar masuk rumah.

Advertisement

Oleh itu, seorang pengguna TikTok telah bertanyakan kepada seorang peguam mengenai tindakan yang boleh dikenakan kepada jiran yang suka meletakkan kenderaan di merata tempat.

Tampil menjawab soalan yang diajukan, peguam dikenali sebagai Aminahtul Mardiah itu mendedahkan mangsa boleh melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Kita jangan bergaduh dengan jiran tersebut sebab nanti dua-dua boleh kena tindakan undang-undang.

@aminahtulmardiah

#answer to @Hges jiran parking merata? #tahukahanda #tiktokguru

? Epic Music(842228) – Pavel

Jelasnya, kes boleh didakwa di bawah akta pengangkutan jalan Seksyen 48(1) yang memperuntukkan hukuman denda RM 1,000 – RM 5,000 atau penjara minimun setahun kerana mengganggu pengguna jalan raya lain.

Malah, pihak polis juga boleh mengambil tindakan di bawah akta yang sama Seksyen 48(2) yang memperuntukkan pihak berkuasa boleh clam atau tow kenderaan tersebut atau di bawah akta Kesalahan Kecil Seksyen 22 yang memperuntukkan denda RM 50 kerana menceroboh sesuatu kawasan.

So jangan bergaduh, berbincang cara baik ataupun pergi report polis untuk tindakan undang-undang diambil, semoga membantu!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lrt
5 bulan lalu

"Sentiasa Bersedia" - Ini 'Survival Tips' Yang Anda Patut Tahu Jika Berdepan 'Sexual Harassment' Di LRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...