“Jangan Aniaya Oranglah!” – ‘Rider’ Rugi RM100, Pelanggan Lari Lepas Dapat Makanan

Kehidupan

“Jangan Aniaya Oranglah!” – ‘Rider’ Rugi RM100, Pelanggan Lari Lepas Dapat Makanan

Tidak boleh dinafikan, kehidupan seorang rider makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan sememangnya penuh dengan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari.

Demi sesuap nasi, mereka perlu menghantar makanan kepada pelanggan tak kira jika cuaca ketika itu baik ataupun buruk, malah ramai juga yang kita sering dengar terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Advertisement

Tular di TikTok baru-baru ini, seorang rider terpaksa berputih mata akibat ditipu oleh seorang pelanggan yang menghilangkan diri selepas mengambil makanan.

Dilihat dari video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok ini, rider tersebut sedang terduduk di tepi jalan raya berhadapan sebuah kilang kerana difahamkan dia telah datang menghantar makanan berharga RM100 kepada seorang pekerja di kilang terbabit.

Bagaimanapun, perkara yang membuatkan ramai netizen berang apabila mendapati pelanggan tersebut ‘melarikan diri’ selepas mengambil makanan tanpa membayar.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen sememangnya berasa simpati atas apa yang telah terjadi pada rider tersebut dan ada juga menawarkan diri untuk membayar akibat terlalu kesian apabila melihat video itu.

darah
2 years ago

"Macam Diseret Kebawah Katil" - Disangka Darah Haid, Gadis Pelik Jumpa Darah Tapi Bukan Miliknya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...