Jalin Hubungan Dengan Suami Orang Hingga Hamil, Wanita & Keluarga Enggan Jaga Anak Dikandung

Kehidupan

Jalin Hubungan Dengan Suami Orang Hingga Hamil, Wanita & Keluarga Enggan Jaga Anak Dikandung

Baru-baru ini, seorang doktor di sebuah pusat perubatan yang memang popular di platform TikTok ada berkongsikan pengalamannya bekerja di sana sebagai pengajaran serta tauladan buat orang ramai.

Kerana sering berkongsikan pengalaman sepanjang bekerja, ada beberapa pengikut meminta doktor terbabit berceritakan sama ada pernah mengendali rawatan pesakit hamil luar nikah ataupun single mother.

Advertisement

Mengakui perkara ini bukanlah hal yang mengejutkan kerana sering berlaku di ruangan labour room.

Menurutnya, dia pernah mengendalikan seorang pesakit yang sudah hamil 30 minggu di luar nikah. Apa yang mengejutkan, wanita itu menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan enggan bertanggungjawab atas kandungan wanita itu serta menolak permintaan untuk meninggalkan keluarga demi perempuan itu.

Lagi bertambah sedih, ibu wanita terbabit tidak mahu menganggap kandungan wanita itu sebagai cucunya dan tidak mahu menjaga bayi itu apabila sudah lahir kelak.

Dalam pada itu, doktor berkenaan menjelaskan kebarangkalian bayi tersebut telah dihantar untuk dijadikan anak angkat oleh pihak bertanggungjawab sangat tinggi.

sewa pawagam belanja besties
6 bulan lalu

“Untunglaa..” - Gadis Beli 70 Tiket Wayang Untuk Tengok ‘Movie’ Dengan BFF, Netizen Kata Tak Membazir Ke?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...