Jalan Kuarantin Di Rumah Kongsi, Pekerja Kilang Mati Dibunuh Rakan Senegara

Kehidupan

Jalan Kuarantin Di Rumah Kongsi, Pekerja Kilang Mati Dibunuh Rakan Senegara

Malang menimpa nasib seorang pekerja kilang Bangladesh yang positif Covid-19 apabila dia ditikam di bahagian dada oleh rakan senegaranya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam di rumah kongsi pembinaan kilang kertas Bandar Perindustrian Mahkota Banting, semalam. Mangsa dikenali sebagai Babu, 44 maut di tempat kejadian selepas tikaman itu mengenai jantungnya.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, siasatan awal mendapati terdapat 140 pekerja asing yang tinggal di rumah kongsi dengan kesemuanya dikehendaki menjalani saringan Covid-19 pada Rabu lalu.

“Berdasarkan siasatan dapati punca pergaduhan ekoran suspek telah mengeluarkan barang-barang kepunyaan mangsa dari rumah kongsi tanpa kebenarannya”.

Kira-kira 30 orang didapati positif dan ditempatkan di satu kawasan berhampiran rumah kongsi untuk proses kuarantin.

“Pertengkaran berlaku yang seterusnya membawa pergaduhan melibatkan lima warga Bangladesh dengan seorang daripadanya mati selepas tikaman pemutar skru mengenai jantungnya. Dua lagi rakan mangsa cedera di bahagian perut akibat terkena tikaman daripada senjata sama”.

Dua suspek yang melarikan diri berjaya diberkas enam jam kemudian pada jam 3.30 pagi semalam.

“Kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun itu ditangkap hadapan sebuah premis perniagaan kayu di persimpangan Taman Manggis Jaya”.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...