JAIS Beri Kebenaran Nikah Kepada Hafiz Dan Joy Berdasarkan Pengakuan Cerai Bekas Suami

Hiburan

JAIS Beri Kebenaran Nikah Kepada Hafiz Dan Joy Berdasarkan Pengakuan Cerai Bekas Suami

Dalam kontroversi yang melanda perkahwinan antara penyanyi Hafiz Hamidun dan Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa, ramai mempersoalkan mengapa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan mereka melangsungkan pernikahan.Untitled-1 Ini  memandangkan Joy tidak mengemukakan surat akuan cerai rasmi dengan suami terdahulu, Mohd Rayos Abdul Rahim atau Ray Imran sebelum melangsungkan pernikahan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



BH Online telah mendapatkan penjelasan dari Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim:

Advertisement

Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami.

Haris menambah, pejabat agama di Songkhla mungkin menasihatkan untuk Joy memohon surat cerai taklik memandangkan bukan Ray Imran yang membuat permohonan dan surat cerai taklik itu hanya berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.

PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu.

Haris bagaimanapun mengaku jika mengikut prosedur, dalam situasi itu, surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.

Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri.

Penulis rasa selepas ini, walaupun berniat baik JAIS perlu mewajibkan dokumen cerai rasmi dikemukakan untuk mengelakkan masalah dan kekeliruan yang sama berlaku lagi. Kerana pada zaman kini hanya bersandarkan akujanji belum tentu seseorang itu akan menunaikannya. Apa pula pendapat anda?-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...