Jaga Anak Arwah Adik, Dr Sheikh Muszaphar Bangga Anak Saudara Dapat Lanjutkan Pelajaran

Kehidupan

Jaga Anak Arwah Adik, Dr Sheikh Muszaphar Bangga Anak Saudara Dapat Lanjutkan Pelajaran

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berkongsi berita gembira di akaun Instagram tentang anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

Dalam caption entrinya, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa Aiman hanya berusia tiga tahun semasa bapanya meninggal dunia.

Advertisement

Semenjak dari itu, Dr Sheikh Muszaphar mengambil tanggungjawab untuk menjaga Aiman seperti yang diminta oleh arwah adiknya.

Menurut beliau, anak saudaranya itu mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah ditawarkan dalam pengajian perubatan.

Walau bagaimanapun, anak saudaranya menolak tawaran itu dan membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang.

Namun, beliau kurang bersetuju dengan keputusan anak saudaranya menyambung pengajian dalam kursus berkenaan tetapi sentiasa menyokong pilihan yang dibuat oleh remaja tersebut.

Dr Sheikh Muszaphar juga turut menyatakan bahawa beliau sentiasa mendoakan supaya Aiman berjaya di dunia dan akhirat.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

dr.
2 years ago

"Macam La Dia Yang Mengandung" - Kongsi Tips Yakinkan Isteri Dapat Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...