Jadi Tumpuan Netizen, Surat Neil Armstrong Masuk Islam Selepas Dengar Azan Di Bulan Kembali Tular

Kehidupan

Jadi Tumpuan Netizen, Surat Neil Armstrong Masuk Islam Selepas Dengar Azan Di Bulan Kembali Tular

Cerita dongeng atau cerita mistik semestinya tidak lari daripada rakyat Malaysia tidak kiralah generasi yang lahir pada tahun 90-an atau ketika zaman tiada internet pada suatu ketika dahulu.

Contohnya, kisah anak derhaka yang disumpah menjadi ikan pari sehinggalah kisah sejadah masjid yang duduk di antara dua sujud, misalnya sudah sebati dan masih didengari sehingga kini.

Advertisement

Terbaharu, Dr Maza baru-baru ini ada memuat naik hantaran mengenai kisah Neil Amstrong iaitu manusia yang pertama kali menjejakkan kaki bulan telah memeluk Islam setelah mendengar laungan azan di Bulan.

Namun kisah itu sebenarnya sudah terjawab sejak sekian lama apabila tuan badan sendiri menjawab persoalan itu kepada Wahiduddin Khan, Presiden Islamic Centre yang bertapak di Delhi sekitar tahun 1983 dahulu.

Dalam surat tersebut, Neil Armstrong memaklumkan bahawa gosip yang menyatakan bahawa sudah memeluk agama Islam selepas mendengar azan di Bulan dan Cairo, Egypt adalah tidak benar sama sekali.

Laporan saya masuk Islam, selepas mendengar suara Adzan di bulan, dan kemudian di Kaherah (saya tidak pernah ke Mesir) semuanya tidak benar.

Tulis Neil lagi, isu tersebut tidak perlu dibangkitkan kerana ia hanyalah gosip kosong yang cuba dibawa media tidak bertanggungjawab pada ketika itu sehingga tersebar ke negara Malaysia dan Indonesia.

 

Neil ArmstrongSumber : Google  

Beberapa majalah dan akhbar di Malaysia, Indonesia dan tempat lain telah menerbitkan laporan ini tanpa pengesahan. Saya mohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin disebabkan oleh kewartawanan yang tidak bertanggungjawab ini.

Sekadar info, Neil Armstrong merupakan orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan. Beliau juga merupakan seorang jurutera ruang angkasa, juruterbang tentera laut, juruterbang ujian dan juga pensyarah universiti.

Mula bekerja sebagai seorang Tentera Laut Amerika Syarikat, beliau kemudiannya menjadi juruterbang ujian Suruhanjaya Penasihat Aeronautik Negara.

Tips check in hotel
2 years ago

“Kalau Lelaki Boleh Guna Ke?”- Pemuda Kongsi Tips ‘Check In’ Hotel Buat Kaum Wanita, Komen Lelaki Pula Yang Menarik Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...