Jadi Mangsa Deepfake – Zul Ariffin Jelas Kontroversi Video Panas

Hiburan

Jadi Mangsa Deepfake – Zul Ariffin Jelas Kontroversi Video Panas

Kontroversi video panas mirip Zul Ariffin yang tular sejak beberapa hari lalu cukup hangat diperkatakan. Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul apabila Zul bertindak menutup akaun Instagramnya. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon bertubuh sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar.

zul ariffin lucah

Advertisement

Kecewa dirinya terkait dengan kes sebegini, Zul akhirnya tampil memberikan penjelasan dan  menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’. Video berkenaan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan imejnya.

Deepfake merupakan satu teknik suntingan untuk ‘menggantikan’ rupa paras seseorang pada gambar ataupun video.

zul ariffin video lucah

Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni.

Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik sahaja.

zul ariffin Ada logiknya juga disebalik penjelasan Zul. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini terlalu banyak video tidak senonoh melibatkan selebriti popular viral. Umum mengetahui video panas sebegitu memang laris dijual khususnya di Twitter dengan harga yang tidak masuk akal.  Mungkin ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan?

Sumber Berita : XTRA.COM.MY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...