Cubaan pertama penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran untuk mengacarakan program televisyen secara langsung sebagai hos jemputan MeleTOP mengundang kritikan netizen yang menyifatkan gaya pengacaraannya itu terlalu “over”.
Pengambilan Jaa sebagai pengacara jemputan menggantikan tempat Nabil Ahmad adalah tidak sesuai sama sekali apatah lagi beliau cuba membuat jenaka yang tidak menjadi dan terdapat beberapa momen “krik krik” yang menjengkelkan penonton setia MeleTOP selain terlalu gugup ketika menemubual tetamu.
Namun, Jaa nampaknya begitu tenang walaupun dikecam dan menjadikan setiap komen yang dilemparkan kepada dirinya sebagai pembakar semangat untuk menjadi seorang pengacara yang lebih baik selepas ini.
Saya sudah jangka akan dikecam kerana Meletop satu program besar dan digandingkan pula dengan Neelofa sudah tentu saya rasa gementar.
Saya bawa cara saya pada malam itu, kalau mereka kata saya over kat mana yang over itu? Mereka tidak kenal saya. Tapi tidak mengapa, saya ambil semua komen itu sebagai sesuatu yang membina untuk saya perbaiki pada masa akan datang. Mungkin saya terbawa-bawa cara penyampaian di radio ke program televisyen membuatkan orang menyangka saya berlebih-lebihan
Sebagai orang baharu, bukan mudah untuk tampil mengacarakan sebuah program popular secara langsung. Pastinya akan ada perasaan gementar bukan? Apa-apa pun, kita harus puji keberanian Jaa yang tetap ingin cuba memberikan yang terbaik.