Izreen Azminda Akui Peminat Tercari-cari Kehilangannya Dari Dunia Seni

Izreen Azminda Akui Peminat Tercari-cari Kehilangannya Dari Dunia Seni

Sejak terbabit dengan kontroversi akhir tahun lepas, pelakon Izreen Azminda dilihat semakin jarang muncul di kaca televisyen dan memuat naik aktiviti-aktiviti berkaitan profesionnya sebagai pelakon dan duta produk.

Setelah memilih menjadi isteri kedua pemuzik Ude Wahid, 30, dalam satu perkahwinan rahsia, Izreen dituduh menjadi punca tindakan Ude memfailkan perceraian terhadap isteri pertamanya setelah wanita itu mengetahui suaminya telah mengahwini Izreen secara senyap.

Advertisement

Tindakan Ude dan Izreen dianggap kejam oleh sesetengah Netizen yang seterusnya memberi amaran untuk memboikot Izreen sebagai pelakon dan duta produk. Susulan itu, terdapat tawaran sebagai duta produk yang ditarik balik malah ada yang menghentikan semua kempen promosi menggunakan Izreen Azminda.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


????

A post shared by MADAM IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on

Terbaru, Media Hiburan melaporkan bahawa Izrreen mengakui ada peminat tercari-cari dirinya:

Ada, ramai yang DM tanya bila nak muncul balik di kaca TV. Ada juga yang saya sempat reply terangkan pada mereka.

Saya terangkan, ‘InsyaALLAH kalau tiada apa-apa nampaklah Izreen di kaca TV.

Dan dia kini kembali menerima tawaran kerja:

Alhamdulillah, sekarang tawaran-tawaran sudah kembali. Mungkin dulu masa keadaan tengah panas itu yang ada kena tarik.

Tapi sekarang, isu pun dah reda. Pihak masing-masing dah move on. Saya percaya dengan rezeki ALLAH SWT.

Saya tahu saya berada di tempat mana, situasi apa, apa yang dah saya lakukan jadi tidak perlulah isu berbangkit ini diperbesarkan atau diperkatakan lagi.

Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Izreen bagaimanapun masih mematikan fungsi komen di Instagramnya. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...