Izara Aishah Kecewa Pihak Produksi Beri Baju Merepek Tidak Sesuai Dengan Watak

Hiburan

Izara Aishah Kecewa Pihak Produksi Beri Baju Merepek Tidak Sesuai Dengan Watak

Pelakon popular, Izara Aishah menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan sikap ‘asal boleh’ sebuah pihak produksi yang memberikannya pakaian ataupun ‘wardrobe’ merepek. Penampilannya itu sangat tidak sesuai dengan karakter yang beliau bawakan.

Advertisement

Izara juga sempat memuat naik beberapa foto pakaian yang disediakan dan yang paling lucu serta mendapat perhatian ramai ialah Izara terpaksa mengenakan satu set baju tidur corak bunga bersama topi dan kasut keselamatan.

Izara menjelaskan isu ini bukanlah gimik mahupun strategi pemasaran untuk melariskan lagi drama tersebut tetapi perkara ini benar-benar terjadi kepada dirinya.  Tambah Izara, jika hendak tegur, beliau akan dianggap diva dan cerewet pula.

Lain macam betul fesyen yang ingin diketengahkan, kata orang memang ‘rare’ habis. Heh. Apa-apa pun, kami harap pihak produksi boleh berbincang secara baik dengan Izara untuk menyelesaikan isu ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...