January 2nd, 2018

Bersempena dengan tahun 2018, pasti anda semua sudah ada senarai perkara yang ingin dikecapi sepanjang tahun ini, ada yang ingin kurus,  lebih berjimat cermat dan macam-macam lagi. Namun, buat pelakon Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin, mereka berhasrat untuk menimang cahaya mata sendiri selepas hampir 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka ingin cuba rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung. Ia merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim secara manual dalam tabung uji makmal.

Ada beberapa usaha yang kami lakukan dan rasanya tidak perlu sebut di sini. Rezeki datang dari Allah SWT dan kami harap usaha dilakukan pada masa ini berhasil. Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini.

Meskipun belum dikurniakan zuriat sendiri, pasangan ini tidak mempunyai rancangan untuk mengambil anak angkat. Izzue percaya Allah SWT belum mengurniakan beliau rezeki untuk menimang cahaya mata kerana ingin memberi rezeki untuk beliau lebih berjaya dalam bidang seni terlebih dahulu.

Sumber Berita : Harian Metro


32 responses to “IVF Pilihan Terakhir Kami Untuk Dapat Zuriat – Izzue Islam”

  1. Shhh says:

    tulah takut pada wanita mcm aku ni lmbt kawin…mcm2 aku fikirkan ..tpi bila dgr pasal dato ct, dh 10 thn bru dpt merasa ada anak…benda tu tak mustahil..

  2. hati tak busuk says:

    aku sorang je ke yang nampak bini izzue ni ada iras muka ariel peterpan? gambar no 2.

  3. Anonymous says:

    saya doakan Izzue n Awin dapat baby tahun 2018 ni. Aamiin

  4. v says:

    Allah tu kan adil… Dia akan beri bila sudah sampai masanya..ada bahagian yg kita rs dah ckp matang, sempurna tp bagi Dia itu belum memadai… so sbg hamba, bersabar dan berikhtiar. bkn mengata itu ini

  5. Dean Winchester says:

    Izzue, sy recommend jumpa Dr Kannappan dari Sunway Medical. Kwn sy lps miscarriage dua tahun lps, skang pregnant balik lps consult ngan Dr Kanna. Dia xterus cucuk n buat ivf sume tu (maapkan sy klu salah), tp dia akan consult dulu tgk waktu subur kita n mmg dia bg penerangan Dsmpi habis. N dia akan bg satu ubat jugak utk bg telur ke apa aktif, n xlama dlm 6 bulan jupe Dr Kanna, kwn sy dh pregnant. Kwn2 yg lain yg nk cuba blh jupe Dr Kanna. Very nice doctor

Loading...