“Itu Lubang Skru” – Dakwa Terjumpa Kamera Dalam Tandas GSC, Wanita Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

“Itu Lubang Skru” – Dakwa Terjumpa Kamera Dalam Tandas GSC, Wanita Ini Dikecam Netizen

Tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mikayla Muhlberger yang meluahkan rasa kecewa apabila dia mendakwa menemukan kamera kecil di dalam tandas di GSC Gurney Plaza.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu telah memberi nasihat kepada para wanita supaya memeriksa tandas sebelum menggunakannya.

Advertisement

Menurutnya, dia terkejut apabila terjumpa kamera di dalam tandas keempat, dimana kebanyakkan pengguna wanita menggunakan tandas tersebut.

Malah, dia juga bertindak mengambil gambar tanpa flash dan dengan flash bagi membuktikan seseorang telah meletakkan kamera di dalam dinding tandas

kamera

Apa-apa pun, saya dah musnahkan kamera tu dengan kunci tajam.

Dalam pada itu, wanita itu turut menegakkan pendiriannya dengan mengatakan lubang itu bukanlah flushing sensor kerana ianya diukir pada dinding di sisi dan terdapat lubang didalamnya yang mengandungi kamera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai bagaimanapun memaklumkan bahawa lubang itu merupakan kesan skru bagi menggantung tempat pemegang tisu. Malah, ada juga netizen yang mengecam wanita itu kerana hanya ‘berdrama’ sahaja.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nenek
2 years ago

(VIDEO) "Tak Kira Umur.." - Gigih Belajar Mengeja Semula, Nenek Ini Sentuh Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...