Itu Bukan Saya – Foto Panas Tersebar, PU Rizz Buat Laporan Polis

Hiburan

Itu Bukan Saya – Foto Panas Tersebar, PU Rizz Buat Laporan Polis

Pagi ini sekali lagi netizen dikejutkan dengan penyebaran foto tidak senonoh lelaki yang didakwa mirip dengan pendakwah terkenal, PU Rizz.

Advertisement

Dua keping gambar disebarkan melalui laman sosial Twitter menunjukkan seorang lelaki sedang berswafoto di dalam sebuah bilik mandi sambil memegang kemaluannya.

Tampil membersihkan namanya daripada isu yang memalukan ini, PU Rizz menafikan foto panas itu adalah dirinya seperti yang didakwa netizen. Kesal dengan tuduhan tidak berasas berkenaan yang mencalarkan imejnya, PU Rizz berkata dia sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Jelas PU Rizz, sebelum foto itu tersebar, dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin (semalam) daripada individu yang tidak dikenali yang meminta sejumlah wang daripadanya. Tidak mustahil, ia mungkin berkaitan dengan penyebaran foto tersebut.

Itu bukan saya! Saya terkejut apabila mengetahui mengenai foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi ini. Saya sudah buat laporan polis.

Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan sahaja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah. Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya.

Penyebaran foto atau video panas mirip selebriti semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Memang ramai yang jadi mangsa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...