Itu Bukan Kereta Saya, Tumpang Bergambar Kereta Kawan – Haqiem Rusli

Hiburan

Itu Bukan Kereta Saya, Tumpang Bergambar Kereta Kawan – Haqiem Rusli

Selepas beli ‘cash’ kereta Mitsubishi Lancer kini penyanyi Haqiem Rusli tayang kereta baru Range Rover pula?. Itulah yang disangkakan oleh netizen apabila dia bergambar dengan kereta tersebut. Ada juga netizen yang teruja dan kagum dengan Haqiem kerana sudah mampu membeli kereta mewah pada usia yang muda, siap ada gadis-gadis yang ajak ‘dating’.

Advertisement

Bagaimanapun, Haqiem menjelaskan kereta berwarna putih itu bukan miliknya tetapi dia hanya tumpang bergambar sahaja. Namun, dia tidak menafikan kenderaan itu merupakan kereta idamannya.

Ramai salah faham, itu bukan kereta sayalah! Itu kereta kawan, saya hanya ambil gambar sahaja. Sejujurnya kerana itu memang kereta idaman saya dan tak salah nak berangan dulu, mana tahu satu hari nanti ia bakal menjadi milik saya.

InsyaAllah, sebelum umur 28 tahun nanti saya akan beli satu! Sekarang ini banyak lagi benda saya nak kena utamakan.

Kalau tengok gaya Haqiem  bergambar, macam dia adalah pemilik kereta tersebut.  Rupa-rupanya hanya salah faham sahaja, Tidak apa lah, bak kata Haqiem berangan dulu, bukannya salah. Semoga satu hari nanti impiannya untuk memiliki Range Rover akan tercapai.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...