Isu Warna Kulit : Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

Hiburan

Isu Warna Kulit : Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

Isu tentang warna kulit melibatkan Haneesya Hanee memang kecoh juga sejak kebelakangan ini sehingga ibunya juga terpaksa membuat laporan polis kerana komen keterlaluan netizen yang menyamakan gadis berusia 19 tahun itu dengan Hajarul Aswad.

black hanifah haneesya hanee

Advertisement

Melihat apa yang berlaku, penyanyi Black Hanifah yang turut mempunyai tona kulit yang agak sama menasihati Hanee agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap dijadikan bahan jenaka.  Sepatutnya keunikan itu dijadikan sebagai senjata untuk mengembangkan bakatnya, membina nama dalam industri seni.

Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti di media sosial. Dia masih terkejut dimana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia.

haneesya hanee

Jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah, malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata.

Sejujurnya, Black sendiri mengakui dia tidak pernah terasa hati sekiranya ada orang yang mengejak warna kulitnya. Menganggap ia sebagai satu kelebihan dirinya yang tidak ada pada artis lain.

black nasihat haneesya hanee

Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black, kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.  Pada saya Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya.

Kata-kata Black itu ada benarnya. Buat apa kita hendak layan provokasi orang lain kalau yakin dengan diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan buktikan diri  berbakat dan mampu bertahan lama dalam industri.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...