Isu Tidak Solat Dan Puasa : Mufti WP Jemput Faiz Roslan Bertemu Dengannya

Hiburan

Isu Tidak Solat Dan Puasa : Mufti WP Jemput Faiz Roslan Bertemu Dengannya

Bangga mengaku dirinya tidak berpuasa dan solat, Instafamous Faiz Roslan menerima pelbagai kecaman daripada netizen serta beberapa selebriti tanah air yang menganggap pengakuan beliau itu agak biadap dan tidak menghormati bulan suci Ramadhan serta mempersendakan hukum dalam agama Islam.

Advertisement

Mungkin merasa tertekan dengan segala komen yang diterima, Faiz membuat keputusan untuk memadam akaun Instagram miliknya.

Susulan isu tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi akaun Facebook rasminya dengan secara berhemah menjemput Faiz dan rakan-rakannya untuk bertemu dengan beliau.

Pernah hadir ke rancangan Motif Viral baru-baru ini untuk memohon maaf atas kesilapan dirinya memuat naik video tarian tidak senonoh pada awal Ramadhan, Dr Zulkifli percaya Faiz masih mempunyai iman yang baik, serta semangat dan keberanian yang tinggi.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli memberitahu sebarang tindakan undang-undang yang ingin diambil terhadap Faiz yang seakan menghina agama Islam adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Kepada Faiz Roslan, apa salahnya untuk menerima sahaja jemputan Mufti WP itu agar segala isu dan kontroversi yang sedang  berleluasa ini tidak berpanjangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...