Isu Sindir Syed Saddiq : Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Sengaja Cari Pasal

Hiburan

Isu Sindir Syed Saddiq : Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Sengaja Cari Pasal

Selebriti Dira Abu Zahar membuatkan netizen mula “menyampah” kerana memuat naik status Twitter yang menyindir ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq sebagai budak-budak hanya kerana beliau bergurau meminta pihak SPRM menyiasat penjaga gol Liverpool selepas pasukan itu tewas dalam perlawanan final Champions League menentang Real Madrid semalam.

Advertisement

Meskipun menerima pelbagai komen daripada netizen, Dira nampaknya tetap relaks dan menyatakan apa yang beliau lakukan itu tidak melampaui batas. Beliau tidak pun bercakap sesuatu yang buruk tentang pemuda pujaan ramai itu.

“Tweet” Dira turut mendapat perhatian rakan artis, Sharifah Amani yang tidak faham mengapa Dira sengaja ingin cari pasal dan menimbulkan kekecohan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran  Sharifah Amni yang dilakukan secara berhemah dan tetap menghormati Dira sebagai rakannya.

Harapnya selepas ini Dira tidak perlu lah terlalu mencari perhatian di media sosial dengan cara begini, fokus perjuangkan sahaja hak wanita dan tunjukkan anda mampu melakukan sesuatu yang berfaedah buat masyarakat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...