Written by Bella | June 6th, 2017

Pelawak dan pengacara, Ammar Titan didakwa di Mahkamah Majistert Sibu atas tuduhan menghina dan mempersendakan nama mendiang bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Ammar didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu secara sengaja mengaibkan dengan niat untuk  memecahkan keamanan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bukan sahaja Ammar didakwa tetapi produser rancangan Sukan Tak Sentral yang diterbitkan oleh Primeworks Studios, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama.

Majistret Saiful Sayoti melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin. Ammar dan Abdul Ghani diarahkan untuk hadir semula ke mahkamah pada 4 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Sumber Berita : THE STAR ONLINE

70 responses to Isu Persenda Nama Bapa Watson Nyambek : Ammar Titan Didakwa Di Mahkamah

  1. aku says:

    bertabah la..dugaan di bulan puasa.. yg ni br btol2 semuga ambil iktibar..

    24

    0
    • Anonymous says:

      boleh join nabil….sesuai.
      kan dah kena…

      10

      0
      • Anonymous says:

        mcm nk kasi penumbok je..

        5

        0
      • Anonymous says:

        harap didapati x bersalah. benda ni boleh settle di luar laaaa

        1

        20
        • Suriana says:

          Cuba bapak kau yang kena. Dan dah tiada pun di dunia. Aku nak jugak tengok setakat mana tahap kesabaran kau boleh settle kat luar. A good lesson for him . Aku sebagai Islam Melayu tengok pun naik malu. Galok sangat mengacara sampai lupa adab.

          32

          2
        • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

          Nak settle kat luar aper nyer…nama bapak yg kena ejek, kalau aku pun sakit hati nama bapak jadi lawak jenaka .

          19

          1
    • Kak Salasiah says:

      mcm la nama ko sedap sangat…titan..
      mcm bunyi org utan je.

      11

      1
      • LOL says:

        jgn kak salasiah..nanti akak dikenakan tuduhan memecah keamanan.

        10

        0
      • aku says:

        kak salasiah..sebelum nak cakap tu..fikir dulu.. titan tu nama group dia ms masuk bintang mencari bintang..dgn isey dl.. isey dr timur..dia dr selatan..sbb tu nama group dorang titan.. #donepencerahan

        11

        0
      • Anonymous says:

        betul kak salasiah mcm nama dia hebat kan. padahal org tak peduli pon. aku benci betul lawak bodoh berlambak-lambak kt tv skrg…..baik tv3 mahupun astro.

        10

        0
  2. nnn, says:

    bagus lahh…artist msia ni esp pelawak buat lawak takde limit..asal boleh aje..kdg2 mmg lawak diorg minta pelempang

    11

    0
  3. Anonymous says:

    over..lawak cam taikkk.

    5

    0
  4. Anonymous says:

    memecah keamanan? omg…biar betik.

    7

    0
  5. Kiah says:

    punya nak buat lawak…dah mcm menate kena racun!!

    7

    0
  6. Skrip tv3 beb, pastu rakaman beb…pengacara yg kene…masha londoh mana apasl dia x kene juga…skrip writer x kene juga ke..

    13

    0
    • Anonymous says:

      Bab skrip writer tu…. x kan lah skrip writer suruh buat bunyi kambing pulak kan..? mestilah skrip tu tulis je nama watson nyambek.

      13

      0
    • Anonymous says:

      marsha bkn husb dia org politik ke?

      1

      0
    • Toronn says:

      Skrip tak tulis satu -satu buduhhh!!! Ko ingat , skrip program macam ni macam skrip drama ke ..

      2

      0
    • Anonymous says:

      Apsal pulak Marsha nak kena juga. Bkn dia yg sebut or cetus kontroversi ni. Kalau Marsha yg tukang gelak pun kena, cameraman-audio man-lighting man dan segala man yg ada dlm set studio tu pon kena jgk la.

      0

      2
  7. Anonymous says:

    mcm lahkanat joke…pastu siap menangis lagi bila press conference.
    sila lah bayar saman…

    19

    0
  8. Anonymous says:

    Rancangan ni adalah di rekod. Bukan nya siaran langsung. Sepanjang proses recording, dubbing, or editing, kenapa tak ada sesiapa yg menegah atau memberi gambaran awal risiko bila di ia siarkan? ? dan mmg lah terang2 masa tu nmpk salah, pengacara yg lawak x kena tempat.

    40

    0
  9. Anonymous says:

    maaf..adakah aku sorang yg mcm nak ketawa dengn video youtube kt atas tu? maaf lagi sekali yerrrr.

    #jgnkecamakakposer

    1

    10
  10. Fidot says:

    Padan muka, semoga lain kali buat lawak biar berilmu sikit.

    5

    0
  11. pelawak bodoh says:

    kerana mulut binasa adik oi..
    kalau nak belawak pun jangan lah pandai memerli orang saja keja nya.
    belawak itu ada juga adab nya .
    padan muka…simbah dengan asid baru tau.

    2

    0
  12. Hmm says:

    Bagus lh jdi pengajaran kpd semua esp berkaitan nama org tua,durg pun tak minta d bubuh nama y no meaning tpi kerana budaya dan sbginya,klu masa kecik2 baby tu boleh bcakap berkata2 org pun tak nak nama di bubuh ganjil2.lain kli guna otak fikir sblum buat.

    2

    0
  13. 90907878 says:

    kalau yg biasa pergi tgk stand up comedy di luar negara, cara mereka berlawak berbeza. yg mengenakan seseorang contohnya nak kecam president america, mereka kecam secara berlawak atas perlakuan tak bermoral/kerja2 tak berfaedah misalnya, bukan buat lawak merendah2 kan diri org tu atau buat lawak nama bapak org tu..di Msia ni entah bila la nak bergerak ke hadapan sikit bab lawak ni..suka sgt lawak level sampah..nak mengutuk mempermain menghina nama bapak seseorang tambah pulak org itu celebrity mmg saja cari nahas la..patut lah watson proceed utk amar diambil tindakan, biar dia belajar sikit mcm mana nak berhadapan dgn org..bukan syok sendiri aje depan camera.

    23

    0
  14. kak piah says:

    Dakwa jangan tak dakwa….patut TV3 pun diheret ke mahkamah kerana buat programme yg menghina orang. Stesyen orang umno, pasai tu programme TV3 berusur kebodohan sama macam ahli2 diorang. Bebal, ini macam

    11

    0
  15. Dylan G. says:

    Ni, saya nak share sikit lah ye pandangan saya sebagai seorang Iban dari bumi Sarawak. Marahnya Watson boleh dipandang dari 2 perspektif – culture (di sini dalam konteks maruah) dan sayangnya seorang anak pada bapanya yang sudah tiada.

    Budaya Iban (Dayak khususnya), mempermainkan nama orang tua lebih lagi nama ibu atau bapa seseorang itu dikira taboo (saya rasa ni apply kat semua bangsa apatah lagi kita hidup di negara yg punya bangsa2 yg berlainan) namun ada satu pegangan masyarakat Iban yang lagi taboo ialah – menyebut nama MERTUA. Even nama ibu/bapa mertua dia Langit sekalipun, rata2 menantu Iban akan elak untuk sebut word langit. Ia dikira sebagai SERIOUSLY tidak hormat. Apatah lagi nama org tua yang lain termasuk nama ibu bapa sendiri atau nama ibu bapa orang lain (biar se-rare mana pun nama seseorang itu, ia bukan tiket utk kita persendakan) Sedar tak, kalau kita nak namakan anak kita sendiri pun, kita pilih nama yg indah2 dan ada makna tertentu. Begitu juga dengan datu nenek Watson ketika memberikan nama kepada mendiang bapa Watson.

    Yang kedua, suatu ketika dulu kita bangga punya atlit segah namanya Watson Nyambek. Rekod beliau sukar dipecah namun kini, rekod beliau sudah berjaya dipecah oleh atlit muda baru kebanggaan negara (which is a good thing means sukan negara kita sudah ada pelapis malah jauh lebih berbakat) dan Watson senyap tiba2 dan diisytihar bankrup gara2 buat pinjaman utk menanggung rawatan mendiang bapanya. Mengikut statistik rumah2 org tua di Sarawak, bangsa Ibanlah antara yg paling rendah statistiknya menghantar ibu bapa ke rumah org tua. Tahu kenapa? Sebagai bagi bangsa kami, adalah satu maruah yang harus dilindungi, menjaga orang tua. Merupakan satu kecaman masyarakat Dayak sekiranya ada yang mendapat tahu mana2 anak yg menghantar ibu bapa ke rmh org tua. Itu antara sikap positif kami. (Usah difikir yg negatif, ambil iktibar bak kata Nabil. eh) Nampak tak sayangnya Watson pada ayahnya sampai sanggup buat pinjaman?? Perginya mendiang ayah, tiba2 Ammar melawak (sedihnya segmen itu dirakam terlebih dahulu entah kenapa gagal diedit mengikut kesesuaian dan sensitiviti masyarakat sblm disiarkan di tv??) mempersendakan nama bapanya? Hati anak mana yang tak marah…

    Saya rasa di lubuk hati Watson, dia mungkin maafkan tapi tidak sekarang. Tak semua benda boleh diterima begitu saja. Time will heal.

    83

    0
  16. AKU says:

    rasekan……tv3 jgn lupooooo

    4

    0
  17. Anonymous says:

    pewaris nabil….

    7

    0
  18. tokwi says:

    pengajaran utk pelawak2 di malaysia…..

    2

    0
  19. Joy Aries says:

    itulah pasal lain kali bab2 nama org ni jgn senang2 kita persendakan. Jgn kata pelawak,even kita org biasa ni pon ade buat cam ni. Org Malay mmg bengong la sume benda nak wat lawak.Skrg masak la ko ammar.

    3

    0
  20. Anonymous says:

    joy aries apa maksud ko org malay bengong

    0

    0
    • Joy Aries says:

      Ye lah org melayu kan suka ngata org dr dulu lg. x cakap la sume org melayu cam tu tp 99.9% mmg cakap x berlapik.

      2

      3
      • kak mariamercedez says:

        ko x duduk dengan omputeh…org korea…tu ko nmpak melayu jek, cuba dok negara n bangsa lain…sama jek suka dengki n megata ni termasuk la Joy Aries sekali…kalo tak…takkan dia ngata org melayu…tak gitu Joy…nama pon cam sabun cuci pinggan :(

        2

        0
  21. Anonymous says:

    nabil n neelofa…sila ambik iktibar…boleh jer fattah n fazura saman korang sebab menipu pasal attendance meletop tu

    9

    1
  22. Anonymous says:

    n fattah u can sue sharnaz n neelofa for the same reason..making fun of ur fathers name..

    3

    1
  23. Anonymous says:

    kembar nabil.
    nabil suka la lawak2 mcm ni.

    4

    0
  24. Anonymous says:

    overrrr .org tu da buat pmintaan maaf terbuka dah la…

    1

    13
  25. Anonymous says:

    tunggu turn nabil pulak

    5

    0
  26. Elle says:

    Bile turn nabil? Annoying giler lawak n perli tak bertempat. Menyampah tau x.

    5

    0
  27. Manis says:

    Harap Ammar boleh lepas. Kesian dia. Benda actually dah settle kan? Kalau nak saman memecahbelahkan orang ramai, pihak pendakwaan patut cari kes yg lagi penting berbanding kes ejek2 ni. Haihh.

    3

    4
  28. alia says:

    Khilaf ..moga jadi iktibar pada masa akan dtg.. jgn menghukum. takut satu hr nanti kita pulak yg terkhilaf .. buat yg terbabit,dugaan hidup..lalu dgn sabar dan tenang..moga semuanya baik baik..amin..

    1

    1
  29. minahjambubatu says:

    Ammar tu memang salah, tapi atas dakwaan memecahkan keamanan? WTF? Watson pulak memang kebetulan tengah sesak nak duit tanggung hutang, jadi apalagi….. ini peluang keemasan..

    Apa2pun, TV3 patut diheret sama supaya tidak lagi mengeluarkan produk lawak hambar yang keji dan tiada nilai

    7

    4
    • Anonymous says:

      tak tau ujung pangkal jgn nak komen oi….hutang watson tu kerajaan neg swak dah settlekan. jangan nak kaitkan. benda yang salah tetap salah tiada istilah nak ambil kesempatan.

      5

      0
      • milah says:

        memang amik kesempatan pon, org dah mntk maaf live lg. Kenapa sampai nak penjarakan, lainlah kalau ammar tu kuarang ajar, tak dtg mntk maaf, kalau ammar masuk penjara, nama ayah dia bersih dr segi apa? sapa yg xde nilai murni sebenarnya ni.

        3

        5
        • lynn says:

          Ingat mintak maaf boleh kembalikan maruah ayah dia ke?
          Ini pasal maruah. Up to him nak maafkan atau tak.

          2

          2
    • lynn says:

      Sebelum komen, buat research. Jangan nampak bangang sangat.
      Ni bukan saman sivil , dapat duit. ni jenayah.
      Bengong

      2

      1
      • Anonymous says:

        tu lah…memang bengong pun milah tu…cakap ikut pale lutut …ko tu yang takde nilai murni….

        0

        1
    • Dylan G. says:

      Utk pengetahuan, hutang loan Watson telah dilangsaikan oleh kerajaan Sarawak atas arahan arwah CM kami, Tan Sri Adenan Satem sebagai mengingati jasa Watson pernah mengharumkan nama negeri. Meninggalnya CN yang kami kasihi, Watson antara figure yg mengenang budi sanggup tolong padang bagi menyokong kempen pilihanraya yang mana isteri CM menjadi calon yg bertanding. Watson bekerja sebagai coach dan utk kata dia terdesak sbb utang, boleh check balik dah berapa tahun berlalu bapanya sudah meninggal dunia, kenapa dari dulu Watson tak ‘mengungkit’ jasanya lalu menagih bantuan kewangan dari kerajaan negeri bagi menyelesaikan pinjaman kos rawatan bapanya?

      Watson terkenal dgb sikap mengenang budi. Saya rasa awak kena check balik sebelum menuduh dia terdesak nak bayar hutang. Lgpun saman ni bukan saman bagi mendapatkan wang.

      0

      0
  30. Anonymous says:

    padan muka ,padan muka aku doa nabil bodo menyusul

    1

    0
  31. Anonymous says:

    pompan sbelah tu yg tumpang gelak x kena plak?

    2

    0
  32. melati says:

    Lain kali jgn Senda benda yg tk Btol…..Tgk mcm saya trus terang Budak tu tk Comey..!!! saya ckp tk Comey..!!! Mak Bapak dia jew perasan..!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      ada bdk kecik besa2 je comot lagi tp besar cun..ada budak kecik comel bila besar x lawa mana pun ada…yg pasti budak kecik besar tu xder dosa…bulan pose mulut kena jaga bukan tahan lapar dahaga je…lainla kalau ko x pose

      0

      0
      • wekkkkkkk says:

        i. mcm org puji ecah la, anak che ta..kecik2 comel..bila besar..entahla..harap umur kita pjg semua dpt tgok ecah lagi.
        ii. mcm org kutuk anak fouziah Ghous x comel..bila besar…tak tau la..harap umur kita pjg semua dpt tgok jugk.
        iii. lara ni tak tau la…mungkin sama je, comey x comey , lawa x lawa…biasa je.

        1

        0
  33. Marsha Milan Landoh says:

    MARSHA MANA MARSHA??

    2

    0
  34. tv3 ntah apa2 says:

    patutnya sue TV3 sebab dia siarkan rancangan tanpa tapisan. mmg dia bersalah tapi kalau tak publish tak jadi masalah besar macam ni.

    2

    0
  35. Anonymous says:

    mungkin org pelik kenapa marsha tak kena saman juga. mungkin disebabkan bukan dia yg keluarkan bunyi kambing tu. kan ke si ammar ni je yg buat bunyi kambing. lols.

    0

    0

Leave a Comment

Optional