Bukan sahaja netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Johan, tetapi ada juga selebriti yang menganggap perbuatan Johan itu tidak wajar.
Antara selebriti yang berani bersuara dan menegur Johan secara terang-terangan adalah Datin Seri Umie Aida. Buat beliau, Johan lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Agak sinis juga bunyinya.
Untuk pengetahuan anda, Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As’ari Ibrahim.
Mengenai isu beliau menyindir Tun M, Johan berkata beliau berhak untuk meluahkan sebarang pendapat di akaun Twitternya. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan dirinya tidak menghormati Tun M dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakannya itu.