Isu Layanan Jururawat, Linda Rafar Diarah Minta Maaf

Hiburan

Isu Layanan Jururawat, Linda Rafar Diarah Minta Maaf

Susulan kes Linda Rafar yang kurang berpuas hati dengan layanan jururawat, hari ini Delegation of Nurses (DON) menerusi akaun Facebook rasmi mereka menuntut Linda untuk membuat permohonan maaf  dan ganti rugi kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.

Advertisement

Notis tuntutan mahkamah bertarikh 2 Januari yang telah dihantar semalam kepada Linda turut dimuat naik di akaun media sosial tersebut.

Sekiranya Linda gagal melaksanakannya, kes berkenaan akan dilanjutkan menerusi prosiding di mahkamah.

Terdahulu, Linda menerusi Insta Stories di Instagramnya meluahkan rasa bengangnya terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam yang enggan membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis.

Status itu menjadi viral dan mendapat pelbagai respon daripada netizen. Linda juga mendapat ugutan daripada individu yang tidak dikenali yang mahu meracuni ibunya yang sedang sakit.

Sumber Berita : Delegation of Nurses

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...