Isu Kebajikan Ahli SENIMAN Yang Tidak Terbela : Rakan Artis Tampil Berikan Komen Dan Pertahankan Tiz Zaqyah

Hiburan

Isu Kebajikan Ahli SENIMAN Yang Tidak Terbela : Rakan Artis Tampil Berikan Komen Dan Pertahankan Tiz Zaqyah

Isu Tiz Zaqyah yang meluahkan rasa kecewa terhadap persatuan SENIMAN yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan mengabaikan kebajikan artis turut mendapat perhatian rakan artis lain yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tiz.

Advertisement

Menurut pelakon Ungku Ismail Aziz, tidak salah untuk Tiz menyuarakan pendapatnya secara terbuka di media sosial dan ia sekaligus menyelar tindakan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi yang mahu pelakon wanita itu hadir ke mesyuarat ahli SENIMAN sekiranya beliau benar-benar serius ingin mempertahankan nasib artis.

Tambah Ungku Ismail lagi, kenapa harus bermesyuarat sahaja sedangkan beberapa masalah dalaman utama seperti waktu bekerja dan bayaran gaji artis yang tidak menentu, hak ahli dan perlindungan buat mereka yang terlibat dalam industri hiburan masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang. Kerjaya sebagai artis ini mungkin indah di mata masyarakat tetapi hakikatnya mereka juga perlu melalui saat sukar.

Buat pelakon Syazwan Zulkifly pula, beliau merasakan dirinya di anak tirikan apabila digam oleh stesen televisyen Malaysia ketika mempunyai masalah dengan seorang pelakon daripada Singapura sebelum ini. Isu beliau sama sekali tidak mendapat perhatian serta bantuan daripada SENIMAN meskipun Syazwan adalah ahli persatuan tersebut. Syazwan juga menggelarkan SENIMAN sebagai “funnyman”.

Nampaknya semakin ramai artis yang sudah bersuara. Mungkin Zed Zaidi ada jawapan untuk kenyataan mereka ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : Instagram Ungku Ismail Aziz / Syazwan Zulkifly

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...