Written by Bella | April 29th, 2019

Sudah beberap bulan kemelut rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz berlarutan, namun sehingga kini Bella Astillah masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ramai yang tertanya, adakah beliau masih lagi boleh bersabar dan menerima suaminya itu meskipun sudah dua kali berlaku curang?

Bagaimanapun, kata Bella beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir. Isu cerai juga tidak difikirkan lagi kerana sebolehnya Bella tidak mahu anaknya, Mohamad Ayden Adrean membesar tanpa seorang bapa.

Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tidak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun mempunyai anak yang masih kecil. Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

Lagipun, dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercerai. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda itu.

Bella juga sudah meminta petunjuk dengan melakukan solat istikharah dan hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan hidupnya selepas ini.

Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung dengan Aliff, Bella akui mereka kerap berhubung dan berjumpa.

Terdahulu, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya sekitar tahun 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Bagaimanapun, kerana perasaan cinta dan sayang , Bella ketika itu memaafkan suaminya. Namun, Aliff  ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.

Sumber Berita : mStar Online

63 responses to Isu Cerai Saya Belum Fikir Lagi, Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Ayah – Bella Astillah

  1. No says:

    saya amat terkilan dibesarkan oleh seorang mak yang kononnya rela dia zalimi bapak yg kaki betina dan biawak hidup semata-mata taknak kami adik beradik membesar tanpa bapa. Saya sejujurnya tak kisah langsung kalau diorang bercerai, lagi gembira adalah. Bila dah makin dewasa makin benci dengan perangai bapak sendiri dan memang susah nak hormat. Sebenarnya mak saya bukan peduli pon kami adik-beradik, dia cuma malu nak pegang title janda. Sekarang ni kami adik-beradik mmg tak nak amik pusing dah pasal diorang. Nak bergaduh ke, nak kaki betina ke, suka hati kaulah. Kepada mak-mak yg perasan berkorban utk anak-anak tu dengan bertahan dengan jantan biawak macam ni, tolong lah bertaubat, takdenya anak-anak hargai. Kami ni anak-anak lagi rasa aib ada bapak macam tu. Sekarang ni mak saya, dia masih makan hati hahaha padan muka. Nak sangat bela biawak hidup

  2. aurorarogers says:

    kt dalam sume main senang je bercakap.. tak kena kt korang lg kan..

    Cuba ambil iktibar dengan citer Nur 2 tu, how setianya ecah kt madi walau betapa setannya perangai madi tu. Kdg2 berbicara tu mmg mudah, tp nak harungi mungkin tuan badannya saja yang tau. Mungkin lame alasan Bella, tp at least it’s her right to to whatever she wants to do..

    But to bella, honestly, ambil la juga pengajaran dr watak ecah tu, where, setia tak bertempat membuatkan die sendiri merana even though at last she gets her freedom.. so learn to love your self 1st than i’m sure u”ll know what is right for u..

    • Anonymous says:

      satu kekurangan ecah dlm citer tu, sepatutnya blah je jika suami mcm setan sbb bukan ada anak..sbb ecah bertahan..konon baiklah laki..alim.

  3. rosna515 says:

    Kata tak nak anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Habis tu, kalau tak duduk sebumbung, and masa duduk sebumbung pun tak balik rumah, apa fungsinya, serupa je macam cerai, in fact maybe cerai is better in that case. Ishhh I seriously cannot brain la macam mana otak kau ni berfungsi Bella.

  4. Anonymous says:

    Pompuan ni Totally Crazy!

  5. Myboo2020 says:

    Totally Crazy! esok dah tua salahkan anak pulak

  6. Wud wud wudd says:

    Hello bella. Tak pernah dgr pasal co parenting ke? Takot anak membesar tnpa seorg father figure hello ko dok zaman bile. Even bercerai punn law si alip tu sorg bapak yg bagus boleh je die besarkan anak dgn baik.. ckp jela ko mmg xleh idop tnpe jantan bernama alip tu. Besok luse laki ko bt balik habaq lagi naa mmg netizen ni suke membawang sal laki ko ngn kebodohan ko. lantak la labuu idop ko nk idop dgn boye darat,ko ingat senang nk ubh?? Slamat berjayyeeee

  7. Anonymous says:

    Lagi sekali alip buat hal, kau meroyan dekat IG siap kau bella!

  8. Anonymous says:

    Aku boleh je idup. Tna laki

Leave a Reply to damai Cancel reply