Isu Bigo Masih Panas, Kini Fathia Latiff Dikecam ‘Live’ Merokok Pula

Hiburan

Isu Bigo Masih Panas, Kini Fathia Latiff Dikecam ‘Live’ Merokok Pula

Kontroversi Fathia Latiff menari dengan pakaian seksi di Bigo Live sehingga hari ini masih lagi segar dalam ingatan netizen. Menerima pelbagai kritikan, Fathia berulang kali memeberitahu dia mahu berubah ke arah lebih baik bebas kontroversi dan meminta agar orang ramai memberikan dia sokongan dan peluang kedua.

Advertisement

Namun, apa yang dikatakan tidak sejajar dengan perbuatannya. Terbaru, Fathia sekali lagi menjadi bualan ramai apabila merokok semasa sesi Live di Instagram bersama Zarina Anjoulie.

Tentu sekali ramai yang terkejut melihat aksi Fathia itu yang seakan tidak serik dengan segala kecaman terhadap dirinya sebelum ini. Malah, pelakon wanita itu juga menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan memberikan persepsi negatif terhadap wanita yang berhijab.

Sebenarnya ramai sahaja selebriti wanita yang merokok cuma peminat sahaja yang tidak tahu. Namun, ada antara mereka yang pandai menyembunyikan ‘sifat sebenar’ itu. Dalam kes ini, Fathia tersilap langkah mempamerkan aksinya itu kepada umum, jadi janganlah nanti marah netizen bila diri anda dikecam. Hmmph..

Sumber Berita : Instagram Makcik Puaka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...