Isu Berpakaian Seksi : Tasha Shilla Tidak Mahu Hipokrit

Hiburan

Isu Berpakaian Seksi : Tasha Shilla Tidak Mahu Hipokrit

Kontroversi pelakon Tasha Shilla memuat naik foto seksi menampakkan bahagian belakang badan dan memakai seluar pendek seksi menjadi bualan hangat netizen yang mendakwa pelakon itu cuba meraih publisiti murahan dan sudah lupa pada janjinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Advertisement

Menurut Tasha menerusi portal BH ONLINE, beliau tidak mahu bersikap hipokrit dan berubah atas desakan orang lain. Malah, Tasha tidak pernah mahu meraih perhatian ramai ketika memuat naik foto tersebut.

Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan budak-budak lagi.

 

 

Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum. Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa.

Tasha akui sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...