Isteri Mungkin Keguguran, Aliff Syukri Mohon Doakan Kandungan Kembar Selamat

Hiburan

Isteri Mungkin Keguguran, Aliff Syukri Mohon Doakan Kandungan Kembar Selamat

Satu demi satu dugaan dan ujian menimpa jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, kali ini hasratnya untuk merahsiakan berita kehamilan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai satu kejutan tidak menjadi selepas Shahida mengalami pendarahan teruk mungkin disebabkan oleh tekanan.

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, Aliff memberitahu selepas pemeriksaan imbasan kehamilan, doktor mengesahkan anak yang dikandung oleh isterinya ialah bayi kembar.  Namun, pendarahan yang berlaku memberikan risiko kepada kandungan tersebut yang berkemungkinan boleh gugur.

Bimbang dengan apa yang berlaku, Aliff meminta doa orang ramai agar isterinya dan kandungan kembar selamat.

Aliff Syukri dan Shahida telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata dan seorang anak angkat. Anak bongsunya, Yusuf Al-Qardawi baru sahaja berusia 11 bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...