December 12th, 2019

Sebelum ini, seorang lelaki melalui akaun Facebooknya mendakwa Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40-an, yang baru berkahwin dengan pemenang rancangan program televisyen realiti iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, telah melarikan sebuah kereta Kenari miliknya pada tahun 2013.

Selama beberapa tahun, dia telah membuat pelbagai status Facebook dan pencarian agar Noorainul membayar baki harga kereta tesebut kepadanya. Lelaki itu, menggunakan nama Apeh Jamal di Facebook, memberitahu Noorainul telah bersetuju mengambil dan kemudian menyambung bayar kereta itu.

Tetapi Apeh kemudiannya mendapati Noorainul langsung tidak membayar bulanan kereta itu selama lebih dua tahun dan Apeh terpaksa membayar sebanyak RM 10,000 kepada bank untuk membersihkan namanya.

Walaupun bertahun tidak mengetahui lokasi sebenar Noorainul, akhirnya Apeh mendapati wanita itu berkahwin menjadi isteri kedua Farhan, dan kisah perkahwinan itu menjadi tular dan disulami kontroversi kerana ia tidak direstui isteri pertama Farhan.

Apeh seterusnya menulis di Facebook meminta Noorainul menghubunginya untuk menyelesaikan baki bayaran kereta Kenari tersebut yang telah dibayar oleh Apeh.

Kereta itu kemudiannya telah ditemui hanya 3 km dari rumah Apeh, berdekatan dengan sebuah pusat terapi milik Noorainul. Apeh memberitahu, kereta itu mempunyai nombor pendaftaran berbeza iaitu JFV9079, namun dia mengetahui kereta itu ialah keretanya berdasarkan nombor chasis yang sama seperti yang tertera pada geran kenderaan asli.

Disebabkan itu, Noorainul telah membayar sejumlah RM 10,000 kepada Apeh yang seterusnya menganggap perkara itu selesai setelah kereta itu bertukar tangan selama 6 tahun.

Namun begitu, Noorainul telah menulis bagi menjawab isu kereta Kenari tersebut.

Noorainul mendakwa, dia tidak melarikan kereta itu, sebaliknya hanya menukar nombor plat kenderaan tersebut kepada yang lain kerana tidak mahu orang yang melihat kereta itu menganggapnya besi buruk.

Alasan Noorainul bagaimanapun dianggap tidak logik oleh warganet yang memperkatakan mengenai sebab sebenar dia meletakkan nombor pendaftaran kenderaan yang palsu di kereta Kenari tersebut.

Sementara itu, Apeh juga telah membalas kenyataan Noorainul.

“Pakai no plat kenderaan palsu satu jenayah.”

Walaupun memberi alasan mengenai isu kereta Kenari tersebut, Noorainul dan Farhan masih berdiam diri mengenai dakwaan yang lebih serius iaitu Noorainul bukanlah seorang doktor seperti yang diakuinya, malah sijil doktor perubatan  Noorainul yang tersebar di Internet dikatakan palsu. Рbeautifulnara.com


20 responses to “Isteri Baru Da’i Farhan Nafi Curi Kereta Kenari, Beri Alasan Letak Nombor Plat Palsu”

  1. Elliza Razak says:

    BETINA MUSLIMAH JALANG INI LAGI

  2. Anonymous says:

    si penipu tukar no plate – alasan xmasuk akal… color kilang tuh xkan main serbu dtg2 claim itu kete aku…
    owner xbagi geran – proses normal lah.. g puspakom dulu then tukar nama.. baru bole bagi geran asal… aduiii pompuan nih bodo simpan skit bole tak…

  3. Anonymous says:

    budak tadika ko boleh la kelentong alasan tukar plate keta tu.. ehhh aku tak leh hadam la manusia penipu ni.. dah salah masih lagi nak bakup diri, tp malangnya alasan tu semua menyedehkan,,sedih idup ko ni.. menipu kesana kemari

  4. wekkkkkkk says:

    tujuan tukar no flat rasanya bukan pasal cerita besi burok. Tujuan nya adalah untuk mengelakkn kena tarik oleh bank atau pun owner mencari. Ini saya cakap berdasarkan ckp yg betul dri pegalamanan dan pengetahuan kita semua.

    Kalau x byr lebih 3 bulan, interest sgt tinggi inikan pulak bertahun2. Cuba baca diatas baki yg pompuan ni ckp adalah sbyk RM9K itu pada tahun 2013…dri situlah dia berhenti mmbuat pembayran..aku rasalah. Sbb owner cakap mencari wanita ni dari tahun 2013.

    Statements dri bank ada dtg setiap bulan direct kepada owner, sbb tu owner pening dan OWNER MMBUAT PEMBAYARAN PENUH dan habiskan rm10k termasuk interest rasanya..aku rasa mcm tulah.

    Jika owner tak byr dri tahun 2013 hinnga skrg, cuba anda semua fikirkan, jumlah yg pending tahun 2013 adalah rm9k…jika sampai skrg x settle 2019 sebelum menjumpai wanita ini..cuba bayangkan berapa byk dah jumlah interest yg tertunggak dan jumlah rm9k tu. Mahu lebih jumlahnya selain dri blacklist.

    Blacklist jgn main2, semua benda x boleh nk berhutang sbb ada rekod di bank negara yg tercatit jumlah hutang. Blacklist dn lmbat bayar x sama, Kalau x byr langsng semua harta kita bank akan “lihat”.

    Bagi pompuan di dlm cerita ni, anda patut bersyukur sbb jumlahnya hanya rm10k shj anda byr kepada owner..cuba kalau owner x byr dri tahun 2013 hingga 2019..pasti lebih dri rm10k.

    Saya ada satu cerita juga abg ipar saya telah menjadi penjamin kepada abgnya dlm urusan beli kereta, last2 x mampu byr si abg dia, maka abg ipar saya jdi sasaran. Nama blakclist di dlm bank..setelah hampir 30 tahun..tiba2 bank dtg bagi surat amaran..jika tak byr jumlah yg tertunggak…mungkin rumah akan disita.

  5. Anonymous says:

    sembang tanggung semua kos puspakom, hoiii inspection rm30++ je pompuan. and macam mana owner lama nak bagi ko geran baru dah kalau tak tukar nama lagi? ingat kau bayar time tu, time tu boleh dapat ke? bebal gak DOKTOR ni

Loading...