Iqram Dinzly Tawar Diri Lakukan Aksi Lucah Bersama Seorang Lelaki?

Hiburan

Iqram Dinzly Tawar Diri Lakukan Aksi Lucah Bersama Seorang Lelaki?

Iqram Dinzly nama yang sejak beberapa hari ini tidak henti menjadi bualan hangat netizen gara-gara sikapnya yang dikatakan semakin pelik. Terbaru, netizen sekali lagi dikejutkan dengan status di Instagram Iqram yang ingin menawarkan diri untuk melakukan aksi tidak senonoh iaitu seks oral dengan seorang lelaki.

Advertisement

Status tersebut menggunakan perkataan yang lucah dan pada masa yang sama ingin memberi amaran kepada lelaki berkenaan.

Semuanya bermula apabila Iqram dipercayai merasa bengang dengan kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Zaidi Zainal yang menegur sikap pelik Iqram dan menyatakan fikiran artis itu mula  terganggu sejak ayah beliau kembali ke rahmatullah.

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada sesetengah komen netizen boleh membuatkan seseorang itu semakin tertekan dan murung, tetapi ada juga ingin mendoakan agar Iqram kembali pulih dan mendapatkan rawatan pakar untuk apa jua masalah yang beliau sedang hadapi. Kami juga sebenarnya mengharapkan Iqram terbuka hati ke arah itu dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Kita tidak tahu apa sebenarnya “pergelutan” jiwa yang beliau lalui sekarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...