Iqram Dinzly Diisytihar Muflis, Hutang RM77,000

Hiburan

Iqram Dinzly Diisytihar Muflis, Hutang RM77,000

Didakwa gagal untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM77,000, pelakon Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keputusan itu disampaikan oleh peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Advertisement

Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa.

Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal. Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja.

Sebelum ini, pihak mahkamah telah mengarahkan beliau untuk membayar cukai itu dalam masa dua bulan. Percubaan Iqram untuk berbincang mengenai isu tersebut gagal dan beliau diminta untuk membayar RM77,000 dalam masa 10 hari.

Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000. Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar. Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis.

Iqram juga bertegas dengan pendiriannya, tidak akan kambali berlakon semata-mata untuk membayar hutang tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...