Iqram Dinzly Akui Tertekan Kerana Netizen

Hiburan

Iqram Dinzly Akui Tertekan Kerana Netizen

Beberapa minggu sebelum ketibaan tahun 2018, rakyat Malaysia khususnya peminat hiburan tempatan dikejutkan dengan kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly menerusi siri Instagram Live beliau.

Advertisement

Tidak dinafikan, beliau menerima pelbagai kecaman dan turut mendapat perhatian pakar psikologi yang menyatakan beliau perlu mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah yang sedang beliau hadapi.

Menerusi portal Kosmo Online, Iqram akui beliau mengalami tekanan tetapi bukanlah berpunca daripada pemergian ayahanda tercinta sebaliknya dengan netizen yang mencetuskan spekulasi dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar.

Tekanan? Adalah sedikit mengalami tekanan. Bagaimanapun, tekanan itu bukanlah berpunca daripada pemergian arwah bapa saya, sebaliknya saya tertekan dengan manusia bernama netizen ini.

Mereka sesuka hati mahu mengecam orang dan menabur fitnah yang bukan-bukan. Siapa mereka untuk berbuat demikian? Pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada saya, jadi saya pulangkan semula kepada mereka, tetapi ada pula yang berasa diri mereka terancam.

Meskipun tertekan dengan segala komen negatif netizen, Iqram bagaimanapun tidak merencana untuk menutup akaun Instagram beliau. Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak ataupun individu untuk membantu  jika benar dirinya sudah tidak waras seperti yang didakwa sebelum ini.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...