Ipoh Dilanda ‘Tornado’, Netizen Persoal Kenapa Tak Laungkan Azan Dan Rapatkan Saf

Kehidupan

Ipoh Dilanda ‘Tornado’, Netizen Persoal Kenapa Tak Laungkan Azan Dan Rapatkan Saf

Negara semalam dikejutkan dengan tragedi ribut dan juga puting beliung yang dilaporkan telah berlaku di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas, Ipoh, Perak.

Tragedi itu telah mengakibatkan banyak pokok tumbang dan juga beberapa rumah rosak teruk.

Advertisement

Malah, tular di media sosial mengenai beberapa rakaman ‘tornado’ yang melanda kawasan terbabit sehingga ada bumbung rumah didapati ‘terbang’ dalam kejadian tersebut.

Namun, perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cik Atika Raai telah menyaksikan pengalaman menakutkan apabila sebuah keluarga dilihat sedang berada di perkarangan rumah untuk mendapatkan perlindungan.

Lebih menyayat hati, terdapat anak kecil ketika kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial seakan tidak menyangka kejadian puting beliung itu boleh berlaku di Malaysia.

 

Puting beliung di ipohSumber : Twitter  

 

Di sebalik kata-kata simpati yang diucapkan netizen, ada juga segelintir pihak yang memberi komen tidak sensitif berikutan kejadian itu.

Ada yang mempertikaikan sama ada mangsa ada melaungkan azan atau tidak. Tak kurang juga yang memainkan sentimen agama dan isu taubat.

“Kenapa tak azan?”, “Itulah kena rapatkan saf dalam masjid..” antara komen-komen yang terdapat dalam video tersebut.

Tidak sensitif untuk dibangkitkan ketika seseorang dilanda musibah kan? Berhati-hati dalam memberikan komen ya guys!

Puting beliung di ipoh
2 years ago

Tular Video Rumah Rosak, Pokok Tumbang Akibat Puting Beliung Di Taman Tasek, Ipoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...