Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Intan Najuwa Padam Foto, Block Tunang Di Instagram?

intan najuwa

Sejak melangsungkan pertunangan pada Ogos 2019, pelakon Intan Najuwa sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan dugaan dalam tempoh pertunangan, sekali lagi hubungannya dengan tunang, Razrul Anwar Rulis berantakan apabila aktres itu memadam foto dan kali ini ‘block’ pula tunangnya di Instagram.

intan najuwa tunang

Advertisement

Hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan dimana mereka sedang makan di restoran. Ironinya, foto kontroversi terlampau mesra Intan bersama pelakon Zul Ariffin dan Idris Khan tidak pula dipadam, sedangkan ia menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan sebelum ini.

Menurut satu sumber, jarak perbezaan usia 16 tahun antara Intan dan Razrul mungkin menjadi salah satu punca hubungan mereka bermasalah. Biasalah, pemikiran dan pendapat mereka tentang sesuatu perkara mungkin berbeza.

intan najuwa block tunang 1

Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan keluarga pihak lelaki kurang senang dengan sikap Intan. Eh, kenapa pula ya?

Bagaimanapun sejauh mana kebenaran gosip  dan dakwaan ini tidak diketahui. Lagipun, selama ini Intan dan tunangnya dilihat cukup bahagia dan sangat romantik bersama. Malah, Razrul juga seorang yang sangat memahami kerjaya Intan sebagai seorang pelakon. Harapnya hubungan mereka ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya sehingga ke syurga.

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Chinta

    January 16, 2020 at 1:46 pm

    tgk nama tunang Intan ni Razrul Anwar Rulis teringat nama Romie Razin Adilha

    nk sebut nama jd mcm iras2 pulek

    btw perbezaan usia yg terlalu ketara mmg jadi mslh sbnrnya. Tp bg aku tunang dia ckup matang. yg problem ialah Intan, jantan mna je yg boleh sabar tgk bakal bini bpeluk2 sakan lagi2 bukan babak drama?

    aku heran nape eh prmpuan mudah sgt cair ngn julripin. pdhal nk kata hensem sgt, x jgk. entah2 dia ni bukan skdr ada aura tapi ada pakai ilmu pemanis hehe

  2. Keira

    January 16, 2020 at 9:07 am

    Bila bocah merajuk… ?

  3. mm

    January 16, 2020 at 1:10 am

    yang korang sibuk melebih pasal hubungan orang lain dah kenapa? sampai sibuk check dia follow tunang dia ke lagi. mind your own business lah.

  4. Fans club zaaim7 Fans club zaaim7

    January 15, 2020 at 5:20 pm

    Ikut hanglh

  5. retissss senduuuu

    January 15, 2020 at 2:42 pm

    ape ni dik…tak elok buat bapak mcm tu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top