Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Inilah Cerita Abang Nara

Sedar tak sedar sudah 4 tahun rupanya Abang Nara menulis di BeautifulNara ini. Dengan hanya 100 pembaca sehari pada tahun 2008, kini BeautifulNara adalah 10 daripada laman web Malaysia yang paling banyak dilawati.

BEAUTIFULNARA

Advertisement

Pertengahan tahun 2012, Abang Nara mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberikan 100% fokus terhadap BeautifulNara. Senang cerita, Abang Nara kini ialah full time blogger. Nampak macam seronok kerana bekerja sendiri, tetapi hakikatnya agak sukar lebih-lebih kini Abang Nara sudah pun bergelar seorang ayah.

beautifulnara

Kadang-kadang bila nak update blog, si anak tiba-tiba buat muka manja nak berdukung. Bila idea datang, si anak menangis nakkan susu. Wife Abang Nara sekarang ini pula tiada di rumah sebab tengah menjalani kursus kerja selama 3 bulan. Memang kelam kabut dibuatnya.

BEAUTIFULNARA

Ketika si anak sudah tidur, Abang Nara dengan pantasnya akan update berita terkini untuk pembaca BeautifulNara. Abang Nara cuba menulis dengan gaya santai untuk menghiburkan pembaca. Kadang-kadang cuba buat lawak untuk membuatkan anda tergelak. Abang Nara cuba yang terbaik untuk anda semua.

Advertisement

beautifulnara

Kadang-kadang penat juga kerana terpaksa menapis komen-komen melampau yang ditulis oleh pembaca BeautifulNara. Ditambah pula dengan email-email daripada orang tidak dikenali yang berkongsi pendapat tentang industri hiburan negara. Semuanya Abang Nara baca dan kongsikan di BeautifulNara sekiranya bersesuaian.

BEAUTIFULNARA

Selalunya jemputan ke majlis-majlis tertentu pun terpaksa tidak pergi kerana komitmen terhadap keluarga. Bukan sombong, cuma anak masih kecil dan masih perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Diharap tiada yang salah sangka. Mana yang sempat hadir, akan Abang Nara pergi jika keadaan mengizinkan.

BEAUTIFULNARA

Inilah sedikit sebanyak cerita tentang kehidupan Abang Nara sebagai seorang full time blogger. Masih baru dan masih banyak yang kena dipelajari. Abang Nara dah kongsikan cerita ini di www.projectlisten.com.my. Kongsikan cerita anda di sana juga!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

85 Comments

  1. Anonymous

    November 14, 2012 at 3:29 pm

    rilex je bro nara…xmrh pun org kutuk2 die..

    • mama comei

      November 14, 2012 at 4:16 pm

      sebab abg nara pon jenis suka kutuk orang…hehehehe….tu yg ALLAH swt balas orang kutuk dia plak…

    • Xyara

      November 14, 2012 at 4:59 pm

      Kalau kita tak kutuk orang pun orang boleh kutuk kita, cik kak. Lagipun masuk blog Nara ni kan ke pilihan masing-masing.

  2. KEchikgraphy

    November 14, 2012 at 12:15 pm

    gud job abg nara:

    jumm ke link page sy pulak : http://kechikkimora.wordpress.com/
    nak try servis photography saya??

  3. JIBON

    November 14, 2012 at 10:27 am

    itulah nama reeki anak

  4. mak jah

    November 14, 2012 at 9:34 am

    salam. abg nara,

    tahniah dan semoga terus maju di dalam area blogger ni.

    tu ah. aku rasa dlm byk2 blog gosip, beautifulnara je aku buka. sbb senang nak baca and ramai org komen x mcm tmpt lain. nak buka pun dah pening lepas tu, xde org komen. hambar je. hahahahaa

    we love BEAUTIUFULNARAAAA. ahahhaah

    • comei

      November 14, 2012 at 1:50 pm

      yeah..suka beautifulnara coz senang nak baca & tgk gambar. kalo blog lain, penat klik satu2. baca komen2 pun best wpun adakalanye melampau. aku tgk nara ni amik jalan selamat. dia copy paste & bagi kdt kat blog tu supaya dia x kena saman dengan artis. sebab tu ramai yg kata beautifulnara ni slow dan copy paste je keje.pa pun, gd job n teruskan berblog. blog ni dah jadi fav list dah. hari2 mesti buka punya..

  5. rika

    November 13, 2012 at 11:56 pm

    Salam.. Bg sy blog BN ni cara penyampaian tulisannya lebih berhemah
    Jika nk dibandingkn dgn blog-blog lain. Bg sy Abg Nara mst dh pikir baik buruk
    Klu nk update blog dia. Mst dia dh tahu ape nk buat ape patt tulis agr x menyingg mn2 pihak. Kenape kt mst sll mcr kesalhn org?? Mmg sbgi muslim kita ptt menegur sesama muslim. Tp bialah adil. Adil itu meletakkn sesuatu pd tempatnya. Rmai yg x puas ht abg nara jd full blogger dpt duit buat blog. Pernah tak kita tgur atau berfikir mcm mn pula dgn wartawan akhbar?? Kdg2 brt di akhbr tu byk tokok tambhnya. Buka la minda sedikit.jgn tunding jr kpd abg nara shj.kdg2 kita sndr ske bergosip dgn rakn2. Wlpn kita bgosip free dan abg nara bgosip dapat duit itu pun sbb ikln. Tipula klu korg smua x pnh gosip. Sebelum nk hentam org tjuk baik pkir dlu dalam2.. Jgn jdkn abg nara ni bahan korg.klu xske gosip jgnla bc blog ni. Abg nara tak suruh pun korg baca klu korg x ske. Lastly pasal gosip2 ni kta spttnya just skdr mbc at least kita tahu something dan x semestinya kita kn trm bulat2 ape yg dtulis.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top