Ini Yang Anda Perlukan Untuk Abadikan Momen Indah Di Kampung Bersama Keluarga Tercinta

Hiburan

Ini Yang Anda Perlukan Untuk Abadikan Momen Indah Di Kampung Bersama Keluarga Tercinta

Di musim cuti persekolahan dan juga perayaan ketika hujung tahun ini, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta yang sudah lama dirindui.

Biasalah, kalau sudah tiba di kampung, pasti setiap momen indah ingin diabadikan untuk disimpan sebagai kenangan terindah.

Advertisement

Hari ini kami ingin memperkenalkan sebuah peranti yang mampu memberikan pengalaman penggunaan terbaik untuk memudahkan lagi anda merakam setiap detik bersama keluarga tercinta. Paling penting, harganya cukup berbaloi!

Peranti hebat tersebut ialah telefon pintar Huawei Nova 3i. Bermula dengan harga RM1,099 ia adalah pilihan tepat untuk ada dilengkapi dengan pelbagai ciri eksklusif.

Menggunakan skrin bertakuk 6.3-inci dan dijana cip pemprosesan terbaru Kirin 710 yang laju, tentunya memberikan kepuasan berbeza ketika mengambil gambar.

Huawei Nova 3i menggunakan dwi-kamera belakang bersaiz 16MP + 2MP manakala kamera depan pula 24MP + 2MP dengan sokongan AI (Artificial Intellgence)untuk merakam gambar lebih jelas. Teknologi AI yang digunakan dapat membuat pengecaman lebih daripada 200 senario sekaligus dapat menghasilkan gambar yang lebih gempak.

Bukan itu sahaja, ia juga bertindak sebagai lensa lebar (wide lens) agar foto-foto yang diambil lebih versatile, menyerupai keadaan sebenar padangan mata manusia. Tanpa kemahiran fotografi profesional dan hanya menggunakan kamera telefon pintar, pelbagai gaya boleh dirakam dan dimuat naik.

Anda juga boleh merakam gambar yang lebih menarik dengan menggunakan 3D Qmoji dengan pelbagai karakter comel.

Aplikasi Super Slow Motion yang disertakan boleh menghasil dan menyaksikan gambar gerak perlahan terperinci dan jelas pada format 480fps.


Boleh tangkap sebanyak mana gambar yang anda mahu tanpa risau. Semua momen indah tersimpan rapi dalam memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128GB. Kapasiti ini jauh meninggalkan peranti-peranti lain dalam kelasnya.

Apabila sudah penat bergambar, boleh lah rehat sambil bermain game pula. Wujudkan satu kumpulan bersama sepupu kaki gamer dan berentap dalam PUBG Mobile dan Mobile Legends. Tak payah risau lagging kerana permainan akan lebih lancar dan mempunyai grafik menonjol dengan GPU Turbo. Memang syok habis kan?

Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar yang ada di pasaran, Huawei Nova 3i tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan dua tona warna pada keluaran terbaharu mereka iaitu Ungu Iris, Hitam, Dan Putih.

Jadi apa tunggu lagi? Rugi kalau tidak memiliki satu peranti yang cukup sempurna dengan spesifikasi berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang murah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 3i layari https://consumer.huawei.com/my/phones/nova3i/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...