“Ini Soft P*rn Bendeee” – Babak Siti Saleha & Shah Iskandar ‘Bersama’ Dalam Kereta Dikecam

Drama Tempatan

“Ini Soft P*rn Bendeee” – Babak Siti Saleha & Shah Iskandar ‘Bersama’ Dalam Kereta Dikecam

Pelakon Siti Saleha mengubat rindu peminat untuk melihatnya berlakon apabila dia kini muncul dalam satu drama bersiri, ‘Love In Lockdown’.

Advertisement

Menerusi drama itu, Saleha membawa watak sebagai Suzanna yang merupakan seorang doktor. Katanya, dia sangat teruja membawakan watak itu kerana dapat merasai bagaimana menjadi seorang ‘frontliner’.

Siti Saleha cerai
2 years ago

Pelakon Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu

Semalam telah tular rakaman pendek drama tersebut menunjukkan babak di mana Suzanna dapat berjumpa dengan suaminya yang dilakonkan oleh Shah Iskandar.

Difahamkan, babak itu ditunjukkan di sebuah portal dalam satu tayangan perdana. Namun, ia telah mendapat kritikan serta kecaman netizen yang menontonnya selepas ia dimuat naik di Twitter.

Menerusi klip itu, Suzanna sedang berbual dengan suaminya selepas tidak berjumpa selama 6 bulan lamanya.

Ketika itu, dia ditanya jika mahu keluar makan bersama namun Suzanna memaklumkan pada suami bahawa dia hanya mempunyai satu jam waktu rehat.

Selepas suaminya menyoal semula apa yang boleh dilakukan dalam masa satu jam, babak itu terus terpotong dan kedua-dua mereka kemudian berada di tempat duduk belakang sebuah kereta.

Aksi mereka di dalam babak tersebut seolah-olah menunjukkan pasangan itu baru sahaja melakukan seks di dalam kereta.

Ia sekaligus mendapat kecaman sehingga ada yang menggelarnya ‘soft p*rn’ dan segelintir netizen bagaikan tidak percaya babak sebegitu ada di dalam drama Melayu.

Ada yang mempersoalkan pada awalnya Suzanna berkata dia tidak sempat untuk keluar makan namun sempat pula berbuat sedemikian. Ramai turut akui tidak menyangka drama Melayu kini sudah berani mempamerkan babak-babak sebegitu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...