Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Wajah Lisa Surihani, Memang Simple Betul

Hiburan

Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Wajah Lisa Surihani, Memang Simple Betul

Hai, selamat pagi. Apa khabar anda semua hari ini? Mari kita mulakan pagi ini dengan menatap beberapa keping gambar Lisa Surihani di bawah (sila fokus pada wajah pelakon jelita ini)

lisa surihani cetaphill

Advertisement

lisa surihani cetaphill

Ya seperti yang anda dapat lihat, kulit wajah Lisa Surihani memang berseri-seri, bersih dan mulus sangat-sangat. Macam anak dara kan? Bukan senang untuk kekalkan kecantikan kulit, lebih-lebih lagi buat seorang wanita seperti Lisa Surihani yang sudah sudah mempunyai 2 orang anak dan berusia 30-an.

APA RAHSIA LISA SURIHANI?

Ha, mesti ramai yang tertanya-tanya dan mahu mendapatkan kulit wajah semulus Lisa Surihani kan? Jangan risau sebab kami dah berjaya menemui rahsia di sebalik kesempurnaan wajah pelakon jelita ini. Tak lain tak bukan ialah…

lisa surihani cetaphill

Ya betul!!! Lisa Surihani menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersihkan kulit wajahnya setiap hari. Kisah Lisa dan Cetaphil bermula ketika dia sedang hamil anak keduanya, Yusof. Hormon kehamilan telah menyebabkan kulit Lisa sangat berminyak. Mengetahui yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah sesuai dan lembut untuk SEMUA jenis kulit, maka Lisa Surihani pun mencubanya. Sejak itu, pencuci muka Lisa tetap adalah Cetaphil Gentle Skin Cleanser, walaupun jenis kulit mukanya telah berubah.

lisa surihani cetaphill

APA YANG BEST SANGAT CETAPHILL GENTLE SKIN CLEANSER NIE?

lisa surihani cetaphill

1. Membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit
2. Bebas sabun
3. Melembapkan
4. Bebas pewangi
5. Tidak menyebabkan iritasi
6. Sesuai untuk semua jenis kulit

Berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan, 97% wanita akan bertukar kepada Cetaphil Gentle Skin Cleanser selepas mencuba pencuci muka ini Testimonial ini jelas menunjukkan yang produk ini memang benar-benar berkesan dan menjadi pilihan wanita seluruh Malaysia.

lisa surihani cetaphill

ANDA HANYA PERLUKAN CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER

Setiap wanita mengidamkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Sebab itu kebanyakan wanita seringkali menukar pencuci muka apabila merasakan kulit wajah berubah. Mereka merasakan perlu menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan keadaan wajah mereka pada ketika itu. Contohnya seperti anti-jerawat, kulit berminyak, kulit sensitif dan sebagainya.

lisa surihani cetaphill

Namun sebenarnya kita tidak perlu mengubah pencuci muka kerana kulit kita memang tak akan PERNAH SAMA setiap masa. Ia memang akan sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang kering, kadang-kadang berminyak dan ada kalanya bertukar menjadi kulit sensitif. Sebab itulah anda perlukan satu pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit yang mampu membersihkan kulit wajah anda dengan lembut. Kulit wajah anda mungkin BERUBAH, namun pencuci muka anda TIDAK PERLU DITUKAR. Cukup dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk kulit wajah yang sihat, berseri-seri dan mulus.

Ha untuk makluman, Lisa Surihani telah bekerjasama dengan Cetaphil untuk berkongsi tips mendapatkan kulit yang lebih sihat secara lebih intim bersama peminatnya. Inilah masa terbaik untuk anda semua meniru apa yang dilakukan oleh Lisa, sekaligus mendapatkan kulit yang secantik pelakon ini. Apa-apa pun, semuanya bermula dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Jadi dapatkannya sekarang di farmasi-farmasi dan kedai-kedai berhampiran anda. Maklumat lanjut layari https://cetaphil.com.my/ms/panduan-mengenali-jenis-kulit-anda/.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...