“Ini Petanda H*praknya Apps Ni..” – Ramai Serbu Kiosk Fizikal, Rakyat Pertikai Fungsi Sebenar MySejahtera

Kehidupan

“Ini Petanda H*praknya Apps Ni..” – Ramai Serbu Kiosk Fizikal, Rakyat Pertikai Fungsi Sebenar MySejahtera

Aplikasi MySejahtera kini sudah menjadi salah satu aplikasi mudah alih paling penting yang wajib ada dalam telefon pintar masing-masing.

Dilancarkan kerajaan bagi memantau perkembangan orang ramai bagi menghadapi wabak pandemik COVID-19 serta info-info berkaitan, kini Kiosk Bantuan MySejahtera pula telah dilancarkan untuk penduduk di sekitar Lembah Klang.

Advertisement

Tujuan ianya dibuka secara fizikal adalah bertujuan bagi membantu orang ramai yang mempunyai maslaah atau pertanyaan mengenai aplikasi tersebut.

Namun begitu, pelancaran kiosk fizikal ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya mempersoalkan keperluan membuka ‘booth’ berkenaan yang hanya tertumpu di dua tempat sahaja, dan bukan seluruh negeri di Malaysia.

Ada yang memberi komen bahawa keadaan negara yang semakin meningkat kes COVID harian adalah sangat tidak patut diadakan tempat-tempat untuk rakyat berkumpul dan sesuatu isu itu sepatutnya diselesaikan secara dalam talian sahaja.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen beranggapan bahawa aplikasi yang sepatutnya memudahkan rakyat itu sebenarnya mempunyai banyak masalah dan tidak mesra pengguna sehingga kerajaan terpaksa melancarkan pembukaan kiosk bantuan fizikal untuk rakyat.

Sekadar info, kiosk ini hanya dibuka pada hari hujung minggu di dua lokasi bermula 19 Februari hingga 13 Mac untuk lokasi World Trace Centre (WTC), Kuala Lumpur dan 26 Februari sehingga 6 Mac yang bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan MySejahtera, sila hadir ke tempat yang tertera dan bawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan semasa berada di kiosk nanti.

Pil kuda murah
2 years ago

"Murah Dan Senang Dapat.." - Harga RM10 Sebiji, Ramai Orang Kampung Ketagih Pil Kuda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...