“Ini Gangster T*hi Kucing..”- Ibu ‘Backup’ Anak Di 7E Buat Hal Lagi, Kali Ini Di KFC Pula

Kehidupan

“Ini Gangster T*hi Kucing..”- Ibu ‘Backup’ Anak Di 7E Buat Hal Lagi, Kali Ini Di KFC Pula

Baru sahaja semalam tular mengenai sebuah video memaparkan seorang ibu yang memaki hamun pekerja sebuah kedai serbaneka kerana tidak dapat menerima kenyataan anaknya dituduh mencuri barang-barang di kedai tersebut.

Setelah dihujani cacian dan caci maki netizen, wanita itu khabarnya telah memohon maaf kepada pekerja kedai serbaneka terbabit di atas keterlanjuran kata dan perbuatannya itu.

Advertisement

Namun, hari ini tular pula video lain yang memaparkan wanita yang sama, juga bersama anak-anaknya dan suami sedang berada di sebuah restoran makanan segera dan dilihat memaki hamun pekerja di situ kerana kehabisan ais dan sudu.

Ia sekaligus mencetuskan perasaan geram dalam kalangan warga maya yang merasakan wanita itu sememangnya mempunyai sikap tidak baik seperti itu ketika berada di mana-mana sahaja.

Ini gangster tahu kucing namanya. Propa acah gangster mai yang betul-betul gangster satg takdak cakap banya dia sapu ja terus. – netizen

Malah, wanita itu yang gemar merakam dan menghebahkan tindakannya sendiri di TikTok dan Facebook menambahkan kejengkelan sesiapa sahaja yang melihatnya.

KFCSumber : Twitter  

Kata netizen, wanita itu seperti gemarkan ‘perhatian’ dan tidak kisah dikecam oleh orang ramai gara-gara perangainya itu.

“Anak ni cerminan mak bapak. Kalau dah hari-hari mulut berzikit babi, anak pun mengikut.” komen warga maya.

mengamuk di pasaraya
2 years ago

(VIDEO) "Mak Anak Sama B*doh!" - Tak Boleh Terima Anak Dituduh Mencuri, Ibu Mengamuk Siap Buat 'Live' FB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...