“Ini Dah Kira Gangguan Seksual” – Gadis Dedah Perangai ‘Classmate’ Lelaki Asyik Hantar ‘Sticker’ Gambar Lucah

Kehidupan

“Ini Dah Kira Gangguan Seksual” – Gadis Dedah Perangai ‘Classmate’ Lelaki Asyik Hantar ‘Sticker’ Gambar Lucah

Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira jantina dan umur. Bukan hanya secara fizikal tetapi menerusi alam maya dan mesej pun boleh berlaku sexual harassment ini.

Seorang remaja perempuan berkongsi di Twitter beberapa screenshot menunjukkan mesej yang dihantar oleh salah seorang rakan lelakinya kepada Whatsapp group kelas mereka.

Advertisement

Menerusi gambar dimuat naik oleh pelajar sekolah menengah itu, rakan lelakinya telah menghantar sticker menunjukkan seorang wanita tanpa berpakaian dipercayai disunting daripada video lucah.

Gurau pun ada limit juga der, tak payah la send sticker kotor-kotor, ingat fun ke?”

Walaupun selepas ditegur, lelaki tersebut tetap tidak mengambil serius dengan hal itu dan masih cuba panaskan keadaan dengan provokasi seolah-olah dia berasa bangga buat begitu.

Jelas gadis itu lagi, jika dia memperbesarkan hal tersebut dengan membuat laporan kepada ibu bapa atau pihak atasan, dia akan ‘kena’ semula dengan rakan sekelas yang lain.

Ramai netizen terutamanya wanita yang membaca screenshot daripada rakannya itu berasa annoyed dan menggesa agar dia membuat laporan atas kesalahan gangguan seksual.

Segelintir warganet turut memberi beberapa cadangan masing-masing berkenaan hal itu dan ada yang bertanya kepada AWAM Malaysia jika perkara itu dikira gangguan seksual.

Bukan hanya gadis ini yang lalui situasi sebegitu namun ramai lagi remaja perempuan lain turut berkongsi pengalaman mereka yang lebih kurang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Jual Gambar Bog*l, Video 'Call' Lucah Mengghairahkan" - Isu 'DS' Di Twitter, Pelajar Sanggup Papar Sisi Gelap Demi Duit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...