“Ini Dah FITNAH” – Isu 2 Tahun Lalu Diungkit, Haneesya Hanee Nafi Pergi Kelab Lepas Bergelar ‘Dewi Remaja’

Hiburan

“Ini Dah FITNAH” – Isu 2 Tahun Lalu Diungkit, Haneesya Hanee Nafi Pergi Kelab Lepas Bergelar ‘Dewi Remaja’

Walaupun sudah 2 tahun berlalu, namun masih ada lagi yang terus mengungkit mengenai insiden Haneesya Hanee ditangkap pergi ke kelab sehingga gelaran ‘Dewi Remaja’ dilucutkan daripadanya.

5 years ago

Kontroversi Kelab Malam Dan Arak : Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Balik

Advertisement

Sudah banyak penjelasan yang dibuat tetapi segelintir netizen sepertinya tidak serik memerli gadis itu mengenai kontroversi tersebut sehingga kini. Tidak betah asyik disalahkan, Haneesya akhirnya tampil memberikan kenyataan menerusi entri terbaru di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Membetulkan persepsi netizen yang menyatakan bahawa dia berparti bagi menyambut kemenangan ‘Dewi Remaja’, jelasnya kejadian itu sebenarnya berlaku beberapa bulan sebelum dia dianugerahkan gelaran tersebut.

“Tapi kat sini saya nak betul kan SATU benda je. Saya tak pegi club selepas menang Dewi Remaja. Siapa yang buat cerita pegi club lepas menang tu saya tak tahu. Video itu video lama. Dah 2 bulan kot video tu di ambil. It all happened before I won Dewi.”

Haneesya meminta netizen yang mengecamnya supaya memperbetulkan semula kenyataan mereka memandangkan ianya sudah jatuh fitnah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Bahkan dia mempersoalkan mengapa ramai suka menceritakan kisah lama itu meskipun dia kini sudah sedapa upaya cuba berubah jadi baik.

“Cuba nak jadi baik ni yang korang kecoh nak ungkit balik kenapa? Orang macam korang ni la PUNCA orang yang nak jadi baik tak nak jadi baik.”

Bukan itu sahaja, gadis itu meminta seupaya orang ramai supaya tidak terus mempunyai salah faham mengenai insiden melibatkan ‘Dewi Remaja’ itu lagi.

haneesya hanee dewi remaja

Malah dia berharap semua ‘mak cik bawang’ yang sibuk mengecamnya agar melihat perlakuan anak masing-masing dahulu.

Cerita dah lama kan, buat apa nak ungkit lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...