Ini Bukan Majlis Anugerah Sekolah Menengah, FINAS Tidak Tahu Ada Kejutan – Ahmad Idham

Hiburan

Ini Bukan Majlis Anugerah Sekolah Menengah, FINAS Tidak Tahu Ada Kejutan – Ahmad Idham

Pelakon Nur Fazura semalam terpalit dengan kontroversi dimana beliau didakwa tidak menghormati artis lain selepas ‘mengheret’ sekali suaminya, Fattah Amin untuk bersamanya di atas pentas sebagai gandingan penyampai anugerah di FFM30.Gara-gara perkara itu, Fazura turut menerima kiriman mesej daripada Datuk Hans Isaac yang kecewa dengan tindakannya itu. Namun, kata Fazura beliau hanya mengikut arahan pihak produk yang turut memberitahu bahawa kehadiran Fattah adalah salah satu elemen kejutan.

Advertisement

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendedahkan pihak produksi tidak pernah berbincang mengenai kemunculan pasangan selebriti itu.

Astro tidak pernah berbincang apa-apa dengan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) perihal kejutan ini. Saya sudah memeriksa dengan jawatankuasa FINAS dan FFM30, tiada persetujuan mengenai Fattah dan Fazura naik bersama untuk menyampaikan anugerah.

Saya juga difahamkan ramai penggiat seni termasuk wartawan tidak bersetuju dengan tindakan menaikkan Fattah, ia seolah-olah tidak menghormati agenda majlis nasional seperti ini.

Susulan itu, Ahmad Idham meminta pihak produksi untuk memberi surat tunjuk sebab dan pada masa yang sama  bertanggung jawab ke atas tindakan yang disifatkan tidak wajar berlaku dalam sejarah FFM.

Pihak produksi tidak menghormati FINAS walhal kami yang membayar kos produksi pada malam itu. Ini bukan majlis anugerah sekolah menengah yang boleh diubah sesuka hati.

Dalam pada itu, Ahmad Idham tidak menolak kemungkinan Fattah, Fazura dan Hans Isaac sekadar mangsa permainan pihak tertentu yang sengaja ingin mencari publisiti murahan. Harapnya mereka dapat tenang seketika dan jangan lagi bersengketa sehingga mendapat laporan lengkap dan lanjut daripada pihak Astro.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...