Ini 5 Pengaruh Teknologi Jepun Kepada Kehidupan Rakyat Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Hiburan

Ini 5 Pengaruh Teknologi Jepun Kepada Kehidupan Rakyat Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Jepun adalah sebuah negara yang cukup terkenal dengan kecanggihan teknologinya Memang cukup mengkagumkan apabila negara “Matahari Terbit” ini mampu memberikan impak yang besar ke seluruh dunia termasuk Malaysia menerusi evolusi teknologinya. Sebut sahaja jenama seperti Toyota, PlayStation 4, Honda, Canon, Sony dan Uniqlo, pasti kita akan mengangguk-anggukan kepala mengakui kehebatan dan kepercayaan kita terhadap nama-nama ini.

ini baru sikit nie, ada beratus-ratus lagi jenama Jepun yang popular dan dipercayai ramai seantero dunia

Selaku sebuah negara membangun, Malaysia telah banyak menerima pengaruh dan impak positif menerusi teknologi Jepun sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam pelbagai bidang. Abang Nara percaya mesti ramai yang tak tahu fakta-fakta di bawah ini. Bila dah baca nanti, mesti korang akan bertambah kagum dengan kehebatan dan ke”awesome”an Jepun.

Advertisement

1. Arkitek KLIA ialah seorang rakyat Jepun

rekabentuk unik KLIA ini telah dihasilkan oleh seorang arkitek dari Jepun yang bernama, Kisho Kurukawa

Setelah Malaysia memutuskan untuk membina sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Sepang, rekabentuknya telah dipertanggungjawabkan kepada seorang arkitek dari Jepun yang bernama Kisho Kurukawa. Menggabungkan alam semulajadi dan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, KLIA telah dicipta dengan konsep “airport in the forest” oleh Kisho Kurukawa. Hasilnya memang cukup mengkagumkan.

selain KLIA, Kisho Kurukowa turut menghasilkan rekaan KL Sentral

2. Salah satu menara KLCC dibina oleh syarikat Jepun

Menara KLCC adalah menara berkembar yang menjadi mercu kebanggaan rakyat Malaysia. Pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi dunia satu ketika dahulu, salah satu menara iaitu menara Barat telah dibina oleh syarikat Jepun iaitu Hazama Corporation. Pembinaan menara setinggi 88 tingkat hanya mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan. Kini KLCC berdiri teguh, megah dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

3. Proton telah dibina dengan kerjasama Mitsubishi

Ketika Tun Mahathir mengumumkan Malaysia akan mengeluarkan kereta nasionalnya iaitu Proton, kerjasama dengan syarikat Mitsubishi dari Jepun telah telah dimeterai. Mitsubishi telah ditugaskan untuk membantu pembinaan kilang Proton kerana kepakaran dan pengalaman mereka di dalam bidang automatif. Untuk makluman, kereta Myvi keluaran Perodua juga adalah berdasarkan kereta Daihatsu dari Jepun. Kedua-dua Proton dan Perodua juga turut menggunakan enjin dari Jepun pada awal kemunculan mereka.

4. Barangan elektrik dan elektronik dari Jepun

image

antara jenama-jenama produk elektrik dan elektronik Jepun yang popular dan berkualiti tinggi

Ketika zaman remaja Abang Nara, Sony Walkman adalah satu produk yang cukup popular. Sesiapa yang memilikinya memang akan terasa macho, bergaya dan hebat. Sehingga ke hari ini, pelbagai barangan elektrik dan elektronik dari Jepun yang mengisi ruang rumah rakyat Malaysia. Antaranya seperti televisyen Sony, periuk nasi Toshiba, peti ais Hitachi, mesin basuh Panasonic dan banyak lagi. Tak dilupakan konsol permainan PlayStation yang menjadi kegilaan ramai sehingga ke hari ini. Senang kata, memang tak masuk akal dan tak logik seandainya di dalam sebuah rumah tiada satu pun produk dari Jepun.

5. Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR)

Salah satu teknologi Jepun yang paling hebat ialah keretapi berkelajuan tinggi (bullet train) yang dikenali sebagai Shinkansen. Boleh mencapai kelajuan 320 kilometer sejam, impian rakyat Malaysia untuk menaiki Shinkansen tanpa perlu terbang ke Jepun bakal tercapai sekiranya Jepun memenangi bidaaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HRS). Sudah pasti pengalaman menguruskan Shinkansen di Tokyo selama 50 tahun tanpa sebarang masalah dan kemalangan akan memberikan kelebihan besar kepada bidaan Jepun. Yang penting, rakyat Malaysia akan dapat menikmati teknologi dan kualiti yang tinggi sekiranya Jepun berjaya di dalam bidaan ini. Tak sabar rasanya nak merasai sendiri kepantasan Shinkansen di Malaysia kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...