Ini 5 Cara Mudah Untuk Tampil Bersinar Di Pagi Aidilfitri

Hiburan

Ini 5 Cara Mudah Untuk Tampil Bersinar Di Pagi Aidilfitri

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan sudah pun tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pulak. Memang pantas sungguh masa berlalu kan? Pastinya kita yang menyambut Aidilfitri (terutama kaum Hawa) mahu kelihatan bersinar-sinar, cantik dan memukau sepanjang bulan Syawal. Iyerlah, raya kan setahun sekali. Masa inilah kita nak bertemu dan berkumpul dengan kawan-kawan serta sanak saudara. Untung-untung boleh bertemu jodoh jugak!!!

Dalam kesibukan kita berpuasa dan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, jangan lupa untuk memastikan badan kita berada di dalam keadaan. Sepanjang 30 hari Ramadhan inilah kita kena berusaha keras untuk mendapatkan badan yang sihat dan wajah yang berseri-seri. Taknaklah muka kusam, badan lesu dan kelihatan tidak bermaya di pagi 1 Syawal kelak. Untuk itu, kami kongsikan 5 cara mudah yang semua orang boleh lakukan untuk anda kelihatan bersinar-sinar dan awesome di pagi Aidilfitri kelak:-

Advertisement

1. Pastikan tidur secukupnya

image

Pastinya anda sibuk berjaga malam untuk membuat kuih, menjahit baju raya dan juga mengemas rumah sepanjang bulan Ramadhan ini. Namun jangan lupa badan kita memerlukan tidur yang secukupnya untuk tampil cergas, segar dan berseri. Buat kuih buat kuih jugak, tapi janganlah “stay up” sampai jam 4 pagi. Limitkan masa. Pukul 12 tengah malam dah kena ada atas katil untuk tidur. Ini kerana semasa kita tidur, pengaliran darah di dalam badan kita adalah pada tahap optimum, membolehkan wajah kita bersinar-sinar apabila bangun. Kekurangan tidur telah terbukti secara saintifik mengurangkan pengaliran darah terutamanya ke bahagian muka. Itu yang sembam je muka kita kalau sekadar tidur 3,4 jam.

2. Kawal nafsu makan

image

Seperti yang diketahui, sepanjang bulan Ramadhan ini, kita hanya makan 2 kali sehari jadi kena pastikan makanan yang dipilih adalah berkhasiat dan lengkap. Janganlah sekadar makan nasi, ayam percik, kuih-muih dan air manis sahaja. Kena pastikan makanan kita adalah sihat dan seimbang. Jangan lupa untuk makan roti, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan juga. Kalau boleh kurangkan makanan yang tinggi kalori dan berlemak kerana ia kurang berkhasiat.

3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yang sesuai

Bila berpuasa, badan kita termasuk kulit luaran akan kelihatan letih dan tidak bermaya. Itu satu perkara biasa kerana badan kita masih tidak dapat menyesuaikan diri kerana secara tiba-tiba tidak makan dan minum di siang hari.

image

Salah satu makanan tambahan yang popular dan efektif di pasaran kini ialah Flavettes Effervescent Glow. Ia adalah makanan tambahan yang larut di dalam air. Flavettes Effervescent Glow mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione yang menghindarkan radikal bebas, sekaligus membantu anda kekal sihat dan segar. Ia amat sesuai untuk mereka yang aktif dalam kehidupan seharian tetapi masih mahu menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan dengan cara mudah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

image

Flavettes Effervescent Glow dengan formula 3 dalam 1 yang baharu ini mempunyai anti-oksidan yang kuat dan mampu membekal Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione yang secukupnya untuk badan kita sepanjang bulan Ramadhan. Insyallah, kulit badan akan bertambah baik, rasa bertenaga sepanjang hari dan kulit wajah makin cantik berseri-seri. Anda hanya perlu mengambil satu tablet sehari jadi memang sangat mudah untuk dipraktikkan dalam rutin harian anda.

Flavettes Effervescent Glow boleh didapati di kedai-kedai seperti Watsons, Guardian dan juga Caring Pharmacy. Kunjungi Facebook Flavettes Malaysia untuk maklumat lanjut.

GTP01245_copy

4. Minum air kosong yang secukupnya

image
Ketika berpuasa, ketiadaan air dan makanan menyebabkan badan kita menggunakan karbohidrat yang tersimpan di hati dan juga otot untuk memberikan tenaga kepada kita menjalani kehidupan seharian. Badan kita tidak dapat menyimpan air jadi buah pinggang kita menjimatkan penggunaan air sebanyak mungkin dengan mengurangkan kadar kita membuang air kecil. Namun begitu, badan kita tidak dapat menggelakkan penggunaan air apabila kita ke tandas, berpeluh, bernafas dan sebagai. Bergantung kepada cuaca dan tempoh berpuasa, kebanyakan orang akan terhidrat kerana kekurangan air sekaligus menyebabkan sakit kepala, kepenatan dan sukar untuk fokus. Sebab itulah masa bersahur kita kena minum air secukupnya. Kalau boleh biar 6-8 gelas. Nak lebih impak, minum sekali dengan Flavettes Effervescent Glow yang boleh membantu menyelesaikan masalah hidrasi ini.

5. Jangan lupa untuk bersenam

Puasa memang memenatkan namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan senaman. Tak perlulah nak buat senaman extreme seperti marathon, angkat berat pulak. Cukuplah sekadar dapat keluarkan peluh sikit. Sepanjang bulan Ramadhan ini, kita memang kena banyakkan ibadah, berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai, namun kita juga boleh melakukan aktiviti fizikal yang simple-simple. Mungkin sambil tunggu buka puasa kita boleh angkat dumb bell, main kejar-kejar dengan anak selepas terawih atau buat yoga selepas sahur. Yang penting, lakukan senaman yang tidak mengeluarkan terlalu banyak peluh untuk mengelakkan rasa dahaga yang amat.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Tambahkan ibadah kita dan jangan lupa luangkan masa dengan keluarga yang tercinta, insyallah Ramadhan kita akan lebih bermakna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...