Ingkar SOP Jalani Penggambaran Di Jeti, Pengarah Filem Dikompaun RM10,000

Kehidupan

Ingkar SOP Jalani Penggambaran Di Jeti, Pengarah Filem Dikompaun RM10,000

Seorang pengarah filem menerima padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan aktiviti penggambaran filem di tempat awam di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed, kompaun dikenakan kepada lelaki berusia 59 tahun dibuat selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam terdapat penggambaran filem di kawasan terbabit sekitar 11.30 pagi.

Advertisement

“Kompaun dikeluarkan oleh polis kepada lelaki itu semasa penggambaran sedang dijalankan di jeti berkenaan”.

ingkar SOP, jalani penggambaran di tempat awam

“Individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan. Polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mengawal jangkitan pandemik Covid-19 memandangkan kes masih tinggi.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...