Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.
Susulan daripada itu, Sharnaaz dan isteri telah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.
Dalam prosiding yang dijalankan, Sharnaaz menolak tuntutan cerai dari Nabila kerana masih ingin berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak dua tahun lalu.
[UPDATE] Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila’s divorce case in Kuala Lumpur Syariah Court https://t.co/zOTsqnIhz4
— New Straits Times (@NST_Online) September 11, 2019
Advertisement
Saya tak boleh nak beri keterangan yang lebih sebab saya kena mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Niat dan nawaitu kita adalah untuk menjadi pendamaian yang sihat. Jalan penyelesaian terbaik untuk both parties.
Bila saya kata tak setuju, maknanya kita akan cuba perelokkkan sebaik mungkin. Orang kata kenapa kahwin elok-elok, takkan cerai nak gaduh-gaduh, kita tengok apa kebaikan yang boleh dicari.
Nabila pula kelihatan sebak semasa ditemuramah pihak media dan buat masa ini dia belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan. Nabila berkata, dia hanya mahu memberikan fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad.
Sumber Berita : mStar Online & NST

lin
September 11, 2019 at 3:32 pm
aku, kalau laki bagi rm500 tapi semua bills, duit rumah dan kereta dia bayar..aku bersyukur ..duit makan keluar jenjalan je guna duit gaji aku takde hal la..hidup kena la bertolak ansur..
Akak Kantin
September 11, 2019 at 2:39 pm
Tak tahu lah apa yang nabila ni impikan dalam hidup dia..macam tak ada tujuan hidup..Kawen yang pertama cerai tapi tak ada anak..kawen kedua anak anak nak cerai jugak..Nak kata nabila ni berpelajaran tinggi dan wanita bekerjaya tak jugak..sekadar menumpang populariti neelofa…Itu pun sekarang jualan tudung tidak segah dulu2…Sharnaaz dah jual moto..nabila dok jual pakaian preLuv Jebat…Rasanya elok dah korang berdua ni..hidup besederhana..Lebih berkat dan redho..Hidup tu tak selalunya indah…
Selemge
September 11, 2019 at 2:16 pm
Dah ada laki nak juga title janda tu, pelik la, yg dah ada laki sibuk nk minta cerai, d
Ada yg dah jadi janda sibuk nk sondol laki orang, pelik tul la zaman skrg
Anonymous
September 11, 2019 at 2:39 pm
Tengok tahap kewangan.. kalu laki hauk… yg single pun x hinggin. Buat penat cuci spender dia je. Besok2 carik lain. Byk lelaki2 Melayu camtu. X pyh berpayung emas sgt. Kebarangkalian nk minum madu tinggi wey !
ally
September 11, 2019 at 2:11 pm
Saya bukan peminat depa & tak berpihak kat siapa2. Cuma I rasa 2 tahun tu mcm singkat jer untuk Nabila angkat kaki atas sebab nafkah. Ya, tak dinafikan juga, nafkah RM500 tu sikit sebenarnya untuk cover dua-dua isteri & anak. Tak tau kemampuan kewangan Sharnaaz mcm mana; tapi selalunya dalam lafaz taklik yang dibaca selepas akad nikah ada statement yg kata: wajib ke atas suami untuk memberikan nafkah kepada isteri mengikut kemampuan. Keyword: Kemampuan. Kalau RM500 shj yg Sharnaaz mampu buat masa ini, isteri sama ada boleh terus akur, bersabar, tukar lifestyle & sama-sama pikul beban kewangan keluarga atau fail perpisahan. Suami pun ada 2 alternatif: cari cara untuk tingkatkan ekonomi / kewangan keluarga sama2 dgn isteri, tukar lifestyle atau lepaskan isteri. Tapi kalau suami mampu tapi kedekut dalam pemberian nafkah kewangan, then suami & isteri bolehlah rujuk kat kaunselor untuk cuba selesaikan elok2. Kalau suami tak mau beri kerjasama, tetap kedekut, malas, isteri ada hak nak minta untuk berpisah. Sedih lah tengok kes depa ni. Tak sangka pulak tang depa di tengah ambang penceraian sebab isu nafkah, Wawa & Aeril pulak murah rezeki bergelar jutawan – sedangkan Wawa & Aeril tak kurang juga cabaran & ujian depa masa mula2 bersama dulu. Hidup ibarat roda, ada naik turun.
Chubby to boney
September 11, 2019 at 2:01 pm
Jgn la materialistik sangat…ngan husben pun berkira. Kalau betul syg sgt mcm msa belom kawen tu istikomah je la… ko gaji da ribu2 psl duit sanggup gadaikn kebahagiaan anak. Ish…ni mesti sbb lain ni. Malu kut bila compare husben ngn kaum kerabat
Anonymous
September 11, 2019 at 2:04 pm
Org dah biasa mewah 500 tu kentut2 je sis. Sekali beli ubat pencuci muka jer..