Tiga kali gagal dalam perkahwinan,jutawan kosmetik Datuk Seri Vida nampaknya tidak serik untuk berkahwin lagi. Lebih setahun bercerai dengan suami ketiganya, kini DSV sudah kembali ingin mencari jodoh.
Menerusi akaun Instagramnya, DSV ada memberitahu ciri-ciri lekaki idamannya. Beliau mahukan seorang lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri, kacak, kaya, baik hati, ikhlas, jujur dan paling diutamakan ialah tidak kempunan dengan harta ataupun kekayaan yang dimiliki olehnya.
Rata-rata netizen mendoakan agar DSV segera bertemu jodoh seperti yang diinginkan dan mendapat seorang suami yang mampu menyayangi dirinya serta anak-anak dengan baik. Lebih penting seorang lelaki yang bertanggungjawab serta mampu membimbing keluarga.
Dalam dunia ini kita tidak boleh mencari seorang peneman hidup yang betul-betul sempurna, iyalah bukan mudah hendak mencari seorang lelaki yang betul-betul ikhlas dan tidak mudah dikaburi dengan wang ringgit ataupun status seorang wanita itu.