Ingatkan ‘Special’ Tarikh Nikah 22.2.2022, Sekali Pengantin Urus Semua Sendiri Sebab…

Kehidupan

Ingatkan ‘Special’ Tarikh Nikah 22.2.2022, Sekali Pengantin Urus Semua Sendiri Sebab…

Pastinya setiap pengantin yang mengira waktu hingga ke hari pernikahan akan berasa gementar dan dalam pada masa yang sama, mahukan segala persiapan berjalan dengan lancar sebelum majlis bermula.

Itu mungkin juga harapan seorang gadis di TikTok ini, namun lain pula yang jadi pada majlis pernikahannya apabila ramai kenalan yang tidak hadir kerana tidak dapat pelepasan untuk cuti.

Advertisement

Difahamkan, beliau merancang melakukan majlis pernikahan pada tarikh yang sememangnya cantik iaitu 22.2.2022, akan tetapi tarikh ini merupakan hari bekerja.

Boleh dikatakan tarikh pernikahannya itu akan diingati sampai bila-bila, ini kerana mengenangkan nasibnya yang terpaksa uruskan semuanya sendiri dari dapur hingga ke ruang tamu dalam keadaan yang sudah siap berbusana pengantin.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut simpati dengan apa yang dilalui gadis ini dan hanya mampu mendoakan dari jauh agar segalanya dipermudahkan buat beliau.

komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

sajat
2 years ago

"Saya Bangga Menjadi Wanita" - Sajat Berjaya Tukar Status Jantina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...