“Ingat Kita ‘Object’ Ke!” – ‘Ustaz’ Pesan Wanita Ada Masalah Zuriat Jangan ‘Demand’ Bab Hantaran

Kehidupan

“Ingat Kita ‘Object’ Ke!” – ‘Ustaz’ Pesan Wanita Ada Masalah Zuriat Jangan ‘Demand’ Bab Hantaran

Sememangnya kita tahu, hantaran merupakan salah satu perkara yang penting apabila hendak berkahwin, dimana kedua-dua belah akan saling memberi.

Jumlah hantaran itu terpulang kepada pasangan sendiri untuk menentukannya dan ia juga mengikut kemampuan masing-masing, jika berkemampuan lebih, tidak menjadi satu masalah untuk memberi lebih.

Advertisement

Akan tetapi, baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang wanita meluahkan rasa berang terhadap seorang ‘ustaz’ apabila dia berpesan kepada kaum lelaki untuk tidak memberi hantaran yang tinggi jika wanita tersebut mempunyai masalah dalam memberi zuriat.

Bukan sahaja dari bab hantaran seperti hadiah, malah dari bentuk wang juga ‘ustaz’ itu berkata perlu ikut budi bicara pihak lelaki jika wanita yang ingin dikahwini mempunyai masalah untuk memberi zuriat.

Dalam pada itu, wanita terbabit turut bertanya apakah yang difikirkan oleh kaum lelaki tentang wanita, sehingga dia merasakan kaum lelaki seolah-olah menganggap wanita ini hanya sebagai object sahaja.

Tambahan lagi, dia berkata Islam itu syumul (sempurna) tetapi yang sering merosakkan ia adalah umatnya sendiri dan paling mengecewakan, perkara ini selalunya datang dari orang yang bergelar ‘ustaz’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kata-kata wanita itu dan meluahkan rasa berang wanita dipandang ‘hina’ seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

masya
10 bulan lalu

"Kalau Dah Kahwin Bagitahu Je, Takut Jatuh Fitnah" - Video Mesra Masya Masyitah Undang Tanda Tanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    January 26, 2022 at 2:37 pm

    lelaki zmn skrg otak letak di lutut agaknya
    kalau isteri tak bergaya, dah berisi, dah tak berseri, terus suami nk cari lain
    lelaki tu ada cermin diri tak? rambut kepam, perut boroi, kaki tak sental, tp diminta isteri terima semua kekurangan seadanya

  2. Anonymous

    January 26, 2022 at 12:30 pm

    USTAZ MN NI? KALU BELOM KAWEN MN NK TAU ADE MASALH KE X WAHAI USTAZ. KENAPA KENE CKP MCM TU
    SEBB X KENE PD KUAGA SNDR KAN NNT BILE DH KENE PADA KUAGA SNDR.. USTAZ JGN KONA2 KOT LAIN PULAK YE

  3. Anonymous

    January 26, 2022 at 12:00 pm

    Islam mengangkat martabat wanita, tp lelaki2 islam ada angkat martabat wanita?
    sibuk nk tambah bini
    sibuk nk melayan nafsu
    berapa kerat yg bacakan hadis & tazkirah pd bini lps solat?
    brp kerat yg semak bini mengaji?
    brp kerat yg bawa bini pegi masjid dgr ceramah?
    brp kerat yg menggembirakan isterinya bawak pi bercuti, bawak pegi spa??

    lelaki2 islam Msia sifat mereka:
    bini masak, suami makan
    bini cuci toilet, suami tau guna je
    bini cuci pinggan & kemas meja, suami tersandar kekenyangan
    bini mop dan vacum rumah, sbb suami rimas tgk rumah bersepah
    bini kene cantik2 dan berhias utk suami, dah nk cantik time bila kalau 24 jam kene jadi bibik tak bergaji?
    kalau bini pun kerja, suami expect kene sama2 kongsi komitmen bulanan
    lepas dah penat dari pagi bawak ke malam, suami mintak layanan, kalau x mampu nk kawen lg satu….
    MAMPU tu apa, wahai lelaki?
    mampu tak suami uruskan rmhtangga dari pagi bawak ke malam?
    balik kerja terus sinsing lengan baju utk uruskan anak2 dan kerja rumah
    dan sentiasa nampak segak dan kacak serta wangi tak serabai utk tatapan isteri
    MAMPU TAK WAHAI LELAKI????

Loading...